Taklimat Pengurusan Fail dan Rekod
Taklimat Pengurusan Fail dan Rekod di peringkat dalaman Unit Audit Dalam UKM telah dilaksanakan pada 27 Januari 2026 (Selasa) di Bilik Mesyuarat UAD UKM. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh En. Muhammad Amirul bin Abdul Razak (Penolong Pendaftar Kanan) daripada Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan, Jabatan Pendaftar UKM.
Taklimat ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada semua kakitangan Unit Audit Dalam UKM disamping meningkatkan kecekapan pentadbiran, membantu memudahkan pengauditan, melindungi rekod penting daripada kemusnahan serta memastikan pergerakan dokumen direkodkan dengan betul dan mematuhi piawaian Arkib Negara Malaysia.
Selain itu, pengurusan fail yang sistematik dan teratur juga membantu capaian maklumat dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat. Disamping itu, perekodan aktiviti di pejabat juga penting sebagai bukti yang sahih ke atas semua aktiviti pengurusan dan transaksi pejabat. Diharapkan taklimat yang disampaikan ini dapat memberi input kepada semua kakitangan UAD UKM berkaitan tatacara pengurusan fail dan rekod selaras dengan pelaksanaan di UKM.
