Taklimat Quality Assurance Review (QAR)

Program QAR ini bertujuan untuk menilai kecekapan, keberkesanan dan kemantapan aktiviti UAD UKM serta mengenalpasti peluang untuk penambahbaikan. Sehubungan dengan itu, UAD UKM telah selesai melaksanakan taklimat QAR pada 20 Februari 2013 (Rabu) di Danau Golf Resort, UKM sebagai persediaan awal menuju QAR. Taklimat tersebut diberikan oleh penceramah yang telah dijemput khas daripada pihak IIA Malaysia iaitu Puan Nur Hayati Baharuddin (Technical Director of IIAM) dan Miss Sivamalar Thuraisingam (Technical Manager of IIAM).
Taklimat tersebut telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Tahniah diucapkan kepada warga Unit Audit Dalam yang memberikan kerjasama dalam taklimat tersebut. Diharapkan persediaan awal ini dapat membantu UAD UKM dalam melaksanakan Penilaian Keberkesanan Kualiti (QAR) bagi memberi keyakinan dan kepuasan kepada pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) yang seterusnya menyumbang kepada pengurusan yang berkesan, pentadbiran yang cekap dan prestasi organisasi yang mantap.