TAZKIRAH MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Majlis tazkirah sempena menyambut Maulidur Rasul telah diadakan pada 25 September 2023 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Audit Dalam (UAD). Tazkirah ini telah disampaikan oleh Ustaz Ismail Muhammad daripada Pusat Islam UKM dengan tajuk Akhlak Nabi Muhammad.
Majlis Tazkirah ini adalah salah satu aktiviti di bawah Exco Kerohanian Kelab Kebajikan Unit Audit Dalam dan aktiviti ini telah melibatkan kakitangan di Unit Audit Dalam. Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.