Portal Rasmi Unit Audit Dalam UKM

 BEBAS, OBJEKTIVITI, INTEGRITI

Sekapur Sireh

 

Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera,

 

Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. Selawat dan salam jua ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tanpa kita sedari, kita sekarang ini telah memasuki dua dulan terakhir untuk tahun 2024.  Pertama sekali mari lah sama-sama kita sedekahkan Al fatihah kepada Arwah En. Jamali Shamsuddin yang telah pergi menghadap ilahi pada 29 Jun 2024 yang lepas. Sesungguhnya kehilangan arwah di unit ini seperti hilangnya sebutir permata. Segala khidmat dan bakti arwah semasa di Audit Dalam akan dikenang sampai bila-bila.

Penilaian Quality Assurance Review (QAR) yang telah dilaksanakan oleh pihak IIAM pada November 2023, UAD UKM telah berjaya mendapat sepenuhnya ‘Generally Conforms’. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan yang turut sama menyumbang masa dan tenaga di dalam pencapaian tersebut.

Pada tahun ini, UAD telah merancang mengadakan 5 Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan sehingga kini sebanyak 4 kali mesyuarat telah dilaksanakan. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.5/2024 dirancang pada bulan Disember. Sebanyak 23 program audit (termasuk 5 audit tahunan) telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2024 dengan kekuatan tenaga kakitangan yang kini seramai 14 orang Juruaudit Dalam termasuk Ketua Audit Dalam. Sehingga Oktober 2024, sebanyak 8 daripada 23 tajuk audit telah dilaksanakan dan dibentangkan kepada auditi dalam Mesyuarat Penutup menjadikan pencapaian terkini adalah sebanyak 34.78%. Ini bermakna UAD masih perlu menyelesaikan 7 tajuk audit pada tahun semasa bagi memastikan sasaran objektif kualiti iaitu 65% laporan audit telah dilaksanakan dan dibentangkan kepada pihak auditi dalam tahun semasa tercapai.

Semoga segala perancangan pada tahun ini dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya. Akhir kata, saya berharap kita dapat menilai segala pencapaian yang telah dilakukan pada tahun ini dan meningkatkan usaha pada tahun 2025 yang bakal tiba tidak lama lagi.

 

Sekian, terima kasih

Ishak Md Saboo
Ketua Audit Dalam
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Translate »