Institute of Malaysian and International Studies

INSTITUTE OF MALAYSIAN AND INTERNATIONAL STUDIES

PENANGGUHAN PROGRAM “SYARAHAN UMUM: SETELAH 2020 MASA DEPAN PERTANIAN”

 

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Dukacita terpaksa dimaklumkan bahawa YB Menteri meminta untuk menangguhkan program berikut bagi memberikan laluan kepada PRK Tg Piai yang YB Menteri terlibat secara langsung.

Segala kesulitan amat dikesali. Saya bagi pihak YB Menteri memohon maaf kepada pihak penganjur dan akan cuba atur semula masa untuk laksanakan program yang baik ini dibulan November nanti.

Sekian, harap maklum.

‘Asim ‘Abdullah Bin Ainullotfi
Setiausaha Sulit Kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 

Abstrak

Pada asasnya, projek penyelidikan Naratif Malaysia bertujuan untuk meninjau dan merangka kembali pembinaan identiti kebangsaan yang bersifat mandiri. Tinjauan dan rangkaan yang ingin dilakukan bukan sahaja melibatkan bidang kemanusiaan, akan tetapi turut merangkumi bidang sains dan teknologi, termasuk juga bidang pertanian. Dalam konteks pertanian ini, pembinaan identiti kebangsaan boleh ditinjau menerusi keupayaan Malaysia untuk menjana industri pertanian dan asas tani yang bersifat swa-dukung (self-sustained) serta inovatif sehingga dapat memperkayakan industri ini, setanding dengan industri-industri utama negara yang lain. Tema ini juga berangkat daripada saranan YABhg. Tun Daim Zainuddin dalam ucaptama beliau yang menyeru Naratif Malaysia agar kita kembali melihat pertanian sebagai jalan memajukan orang Bumiputera yang agak ketinggalan daripada segi pembangunan ekonomi.

Sehubungan dengan itu, Syarahan Umum “Setelah 2020: Masa Depan Pertanian Malaysia” oleh YB Dato’ Menteri Pertanian dan Asas Tani bertujuan untuk berkongsi hala tuju industri pertanian dan asas tani negara—di mana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kuantiti hasil yang sedia ada, malahan dapat mempelbagaikan aspek industri ini lalu kembali menjadi enjin bagi transformasi sosial negara. Natijah daripada usaha ini ialah untuk meneroka kemungkinan baharu di mana negara kita boleh memanfaatkan aneka sumber sebagai suatu nilai tambah kepada keupayaan yang sedia ada. Selain itu, usaha ini juga mahu mencorak masa depan industri ini sebagai suatu yang berdaya tahan serta dapat memberi impak yang signifikan kepada keseluruhan industri di negara kita. Dengan pengukuhan industri ini, maka ini tentunya dapat membuktikan betapa Malaysia berupaya untuk menjadi sebuah negara yang berdikari sekaligus mengukuhkan identiti negara kita yang mampu mandiri dalam pelbagai bidang, termasuklah dalam bidang pertanian dan asas tani.

 

Jadual Acara

02:00 petang

03:00 petang

03:15 petang

04:15 petang

04:30 petang

Pendaftaran

Ucapan Alu-Aluan Naib Canselor UKM

Syarahan Umum “Naratif Malaysia: Masa Depan Pertanian Negara” oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, YB Dato’ Salahuddin bin Ayub

Soal Jawab

Tamat

02:00 petang

Pendaftaran

03:00 petang

Ucapan Alu-Aluan Naib Canselor UKM

03:15 petang

Syarahan Umum “Naratif Malaysia: Masa Depan Pertanian Negara” oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, YB Dato’ Salahuddin bin Ayub

04:15 petang

Soal Jawab

04:30 petang

Tamat