Institute of Malaysian and International Studies

INSTITUTE OF MALAYSIAN AND INTERNATIONAL STUDIES

Majlis Surat Hasrat (LOI) dengan Universitas Warmadewa, Bali

Denpasar, 27 September.

Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) melalui Pusat Ikatan Malaysia-Indonesia (iKMI), telah melebarkan sayapnya ke timur Indonesia dengan menandatangani Surat Hasrat (LOI) dengan Universitas Warmadewa, Bali. Kerjasama IKMAS adalah melalui Fakultas Pasca Sarjana universiti tersebut. Universitas Warmadewa adalah antara universiti swasta terbesar di Bali dengan lebih kurang 15,000 mahasiswa aktif di peringkat pra dan pasaca siswazah. Kerjasama IKMAS-Warmadewa yang pertama kalinya ini memberi fokus kepada aktiviti pengabdian masyarakat dan penyelidikan dalam undang-undang, politik dan ekonomi. Majlis LOI tersebut telah disusuli dengan seminar antara UKM, Warmadewa, dan Universitas Pasundan, Bandung mengenai isu dan cabaran global dari perspektif undang-undang.