IKMAS MENANDATANGANI MOU DENGAN FISIP- UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL ‘VETERAN’ JAKARTA (UPNVJ)
Jakarta, 2 Oktober 2024
IKMAS MENANDATANGANI MOU DENGAN FISIP- UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL ‘VETERAN’ JAKARTA (UPNVJ)
Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) melalui Pusat Ikatan Malaysia-Indonesia (iKMI), telah menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) dengan FISIP-UPN, Jakarta bagi mengeratkan kerjasama kedua-dua belah pihak. Sebelum perjanjian ini IKMAS telah banyak membantu FISIP-UPN dalam menyediakan tenaga kepakaran dengan memberi kuliah kepada mahasiswa peringkat sarjana bidang undang-undang dan perdagangan antarabangsa. Di samping itu kedua belah pihak telah mengadakan bengkel dan siri lawatan.
Pihak UKM telah diwakili oleh Pengarah IKMAS, Prof Dr Sufian Jusoh dan Ketua iKMI, Prof Dr Kamarulnizam Abdullah, manakala pihak UPNVJ telah diwakili oleh pihak Dekan FISIP, Dr S Bekti Istiyanto, MSi, dan timbalan dekan kerjasama antarabangsa, Dr Fitria Ayuningtyas, MSi. Majlis tandatangan tersebut telah disusuli dengan kuliah umum mengenai Hubungan Malaysia-Indonesia di bawah pentadbiran Probowo