IKMAS SEMINAR SERIES NO. 4/2019
Iran dan Kemandirian: Bagaimana Iran Menangani Sekatan Antarabangsa?
Tarikh : 2 April 2019 (Selasa)
Tempat : Bilik Mesyuarat IKMAS
Masa : 10 pagi – 12 tengahari
Penceramah: Dr. Siti Fatimah Sanjurio
Please click here for the flyers
Abstrak
Setelah Revolusi Islam Iran 1979, sekatan antarabangsa mula dikenakan terhadap Iran. Malah, beban sekatan ini bertambah lagi ekoran peperangan antara Iraq dan Iran antara 1980 hingga 1988. Justeru itu, negara baharu yang muncul setelah revolusi ini berdepan dengan suatu cabaran antarabangsa yang besar. Apatah lagi, Iraq memperoleh sokongan dari hampir semua negara Arab dan Amerika Syarikat. Dalam keadaan genting inilah, berlaku suatu kontroversi yang dinamakan sebagai Skandal Iran-Contra. Ia menjadi sebuah skandal kerana Amerika menawarkan bekalan senjata kepada Iran dengan syarat 52 tahanan warganegara Amerika di Kedutaan Amerika di Tehran dibebaskan. Oleh kerana tawaran ini boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak, maka Iran telahpun menerima tawaran tersebut. Apakah kejadian seperti ini telahpun berulang dalam episod Iran menghadapi tekanan dan sekatan antarabangsa pada ketika ini? Inilah persoalan yang cuba untuk dirungkaikan dalam perbincangan mengenai kemandirian Iran ini.
Profil
Beliau merupakan Dosen Politik Islam di Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) dan memperoleh PhD di Fakulti Undang-undang dan Sains Politik, Universiti Tehran (2018). Kajiannya adalah berkaitan perbandingan pembaharuan Islam antara Iran dan Indonesia serta hubungan antara Islam dan Kemodenan.