Kerjasama UKM-Kaneka: Mesyuarat Pengurusan Tabung Endowment Kaneka 2026

Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Tabung Endownment Kaneka telah diadakan di Kaneka Malaysia, Gebeng Industrial, Kuantan. Mesyuarat pertama bagi tahun 2026 ini telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM). Presiden Kaneka Malaysia, Y.Bhg. Tomoyuki Kashimura, menyampaikan ucapan ringkas mengalu-alukan rombongan UKM. IKMAS telah diwakili oleh Pengarah sebagai hos kepada tabung tersebut, Dr Andika Ab Wahab sebagai ahli pakar, dan Dr Norinah Mohd Ali, sebagai pengurus dana.

——————————————————-

The Kaneka Endowment Fund Board of Trustees meeting was held at the Kaneka Malaysia, Gebeng Industrial, Kuantan. This first meeting of 2026 was chaired by Y.Bhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, Deputy Vice-Chancellor of Industry and Community Partnership (HEJIM). The President of Kaneka Malaysia, Y.Bhg. Tomoyuki Kashimura, delivered a brief welcoming speech to the UKM delegation. IKMAS was represented by its Director as the host of the fund, Dr. Andika Ab Wahab as an expert member, and Dr. Norinah Mohd Ali as the fund manager.