Kunjungan Hormat Duta Besar Croatia ke IKMAS
IKMAS telah menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Croatia ke Malaysia, TYT Dr. Ivan Velimir Starčević pada 4 Ogos 2026. Kunjungan ini bertujuan membincangkan hasrat IKMAS untuk melantik TYT Dr Ivan sebagai Profesor Adjung bagi tahun akademik 2026/27. Kepakaran TYT Dr Ivan dalam Transformasi Konflik dan Keselamatan Insan amat bersesuaian dengan bidang nic yang dibangunkan oleh IKMAS. Di samping itu, pihak kedutaan juga sedang berusaha mempertingkatkan kerjasama antara IKMAS dengan Universiti Zagreb yang telah lama dipelopori sebelum ini. Pelantikan ini kelak juga akan meningkatkan hubungan strategik IKMAS khasnya, dan UKM umumnya dengan Republik Croatia.





