Syarahan Felo Diraja oleh YAM Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin

BANGI, 30 Julai 2026 – Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz telah menyampaikan Syarahan Felo Diraja bertajuk “Navigating Global Uncertainty: How Malaysia Should Respond” di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syarahan ini merupakan antara amanah utama pelantikan Felo Diraja IKMAS, yang bertujuan memperkukuh hubungan UKM dengan kerajaan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan masyarakat umum, di samping memperluas jaringan Malaysia dengan ASEAN dan komuniti antarabangsa.
Dalam syarahan tersebut, Tunku Zain membincangkan beberapa punca utama ketidaktentuan global, termasuk perubahan iklim, konflik geopolitik, polarisasi politik, migrasi, digitalisasi pesat dan perkembangan kecerdasan buatan.
Sebagai sebuah kuasa kecil hingga sederhana, Malaysia perlu memanfaatkan kekuatan diplomasi, kerjasama pelbagai hala, hubungan serantau dan kuasa budaya. Keupayaan Malaysia untuk membina persefahaman melalui ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan institusi antarabangsa lain perlu terus diperkukuh.
Tunku Zain turut menegaskan bahawa tindak balas Malaysia terhadap cabaran global bergantung pada institusi negara yang berfungsi dengan baik. Usaha mempertahan Perlembagaan, memperkukuh Parlimen, memperluas desentralisasi, meningkatkan pendidikan dan menggalakkan dasar berasaskan data perlu diberi perhatian berterusan.
Universiti, masyarakat sivil, sektor swasta dan organisasi kebajikan juga mempunyai peranan besar dalam membina kerjasama, keterbukaan dan kefahaman antara masyarakat dan negara.
Dalam menghadapi ketidaktentuan, Malaysia perlu berpegang pada prinsip dan institusi yang diyakini, sambil mencari penyelesaian kreatif dalam batas keupayaannya sebagai sebuah kuasa pertengahan.
———————————
BANGI, 30 July 2026 – Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz delivered the IKMAS Royal Fellow Lecture titled “Navigating Global Uncertainty: How Malaysia Should Respond” at Bilik Majlis, Chancellery Building, Universiti Kebangsaan Malaysia, on 28 July 2026.
Delivered as part of the responsibilities of the IKMAS Royal Fellowship, the lecture examined key sources of global uncertainty, including climate change, geopolitical conflict, political polarisation, migration, rapid digitalisation and artificial intelligence.
Tunku Zain argued that, as a middle power, Malaysia should build on its diplomatic strengths, multilateral engagement, regional partnerships and cultural soft power. Malaysia’s role in ASEAN, the United Nations and other international institutions provides a strong platform for building consensus and cooperation.
Tunku Zain also stressed that Malaysia’s ability to respond to global challenges depends on strong and functioning national institutions. Defending the Constitution, strengthening Parliament, improving federal-state relations, investing in education and promoting data-driven policymaking remain central to the country’s resilience.
Universities, civil society, the private sector and charitable organisations also have an important role in strengthening cooperation, openness and mutual understanding.
In facing uncertainty, Malaysia must remain guided by its principles and institutions while pursuing creative solutions within the constraints it faces as a middle power.