Pengenalan
Kumpulan Penyelidikan Nanozarah untuk Kegunaan Teknologi Termaju
Kumpulan penyelidikan ini menumpukan pada sintesis nanozarah ke arah penghasilan bahan termaju seperti nanokomposit, nanoaloi dan penggunaannya melalui teknologi filem nipis, mangkin dan nanomagnet dengan pelbagai kaedah penyediaan novel.Matlamat ini dicapai dengan memperkenalkan dan memperbanyak teknik baru sintesis nanozarah seperti pirolisis, aloi mekanik, penempletan dengan surfaktan, hidroterma, solvoterma, pempolimeran, sonolisis dan mikrogelombang. Nanozarah yang dihasilkan digunakan dalam teknologi termaju seperti nanozarah magnet untuk penyimpanan data, nanokomposit polimer-semikonduktor sebagai sensor dan aplikasi vesikel sebagai pengangkut dadah melalui kaedah elektroedapan, swa-atur, filem nipis dan kaedah koloid. Hasil penyelidikan ini digunakan untuk membina peranti berasaskan nanozarah dalam bidang pembuatan, perubatan, elektronik, biologi dan sekitaran.
Nanoparticles for Advanced Technology Applications
The focus of this research group is to synthesise nanoparticles with the intention of producing advanced materials such as nanocomposites, nanoalloys and its application through thin film, catalyst and nanomagnet technology, with a plethora of novel preparation methods. This aim is achieved by the introduction and addition of various new nanoparticle synthesis techniques like pyrolisis, mechanical alloying, surfactant templating, hydrothermal, solvothermal, polymerisation, sonolysis and microwave. Nanoparticles produced are utilised in advanced technologies such as magnetic nanoparticles for data storage, polymer-semiconductor nanocomposite for sensors and application of vesicles as drug delivery systems, through electrodeposition, self-assembly, thin film and colloidal methods. The results can be used to develop nanoparticle based devices for applications in the fields of manufacturing, medicine, electronics, biology and the environment.