Kesan Gempa
PENGENALAN


PROSES GEMPA
Sesar dan pergerakan
Gelombang seismos dan gerakan bawah tanah
 

PERBANDINGAN GEMPA BUMI
Skala Magnitud Richter
Skala Intensiti Mercalli

KESAN GEMPA
Gegaran, retakan dan anjakan tanah
Pencairan tanah

tanah runtuh
kebakaran

tsunami
Perubahan rupabentuk rantau

RISIKO GEMPA
jangka panjang
jangka pendek

KAJIAN KES

RUMUSAN

RUJUKAN

BIOGRAFI


Gegaran bukan sahaja punca kepada kematian dan kemusnahan dalam gempa bumi tetapi ia melibatkan banyak perubahan geosekitaran. antaranya ialah gegaran, retakan dan anjakan tanah, pencairan tanah, tanah runtuh, kebakaran, tsunami dan perubahan rupabentuk rantau.

Pada magnitud tertentu gempa bumi bolehmenggegarkan, meretakan, memisah dan menganjak permukaan bumi. Selain it, struktur binaan juga akan retak dan runtuh (bangunan besar) atau pecah (empangan) atau putus (jambatan, terowong, saluran paip, jalan raya) akibat pergerakan ini.

Bagi pencairan tanah, semasa gempa bumi berlaku, gegaran dan pemadatan boleh menambah tekanan air liang dan menyebabkan tanah jadi tepu air serta berubah sifat menjadi cecair. Bangunan akan tersengget atau merayap, salur paip mungkin timbul dan terapung disebabkan oleh tanah yang sudah mendap.

Tanah runtuh disebabkan oleh gegaran kuat menyebabkan bahagian cerun kurang stabil, bukit dan gunung curam runtuh menimpa dan memusnahkan struktur binaan di atas, di bawah dan juga sepanjang laluannya.

Kebocoran paip gas dan talian elektrik yang terputus boleh menghasilkan kebakaran yag sukar dikawal (keadaan darurat dari segi tenaga dan kelengkapan).

Tsunami iaitu gelombang laut seismos berlaku apabila adanya anjakan atau rekahan besar dasar laut menyebabkan air laut jatuh mengisinya. Akibatnya alunan ombak besar terbentuk di tengah laut mencapai 800 km/j dengan panjang gelombang yang mencapai 100?km. Amplitud gelombang mungkin hanya beberapa meter, tetapi apabila ombak menghampiri benua, ia diperlahankan hingga < 60 km/j menyebabkan pengurangan panjang gelombang dan peninggian amplitud (mungkin melebihi 20m). Tsunami juga boleh terhasil akibat daripada letupan gunung berapi di dasar laut atau runtuhan batu besar atau air batu apung ke dalam laut secara tiba-tiba.

Perubahan rupabumi rantau adalah gempa bumi boleh menganjak permukaan batuan dan tanah secara menegak (pengangkatan dan penurunan), mendatar ataupun serong. Akibatnya terjadi perubahan aras air tanah dan aras laut yang turut mengganggu proses hakisan, susutan darat dan banjir. Anjakan lembah dan permatang mungkin boleh meghasilkan tasik sesar.