Sains Malaysiana 35(2): 35-40 (2006)
Pemetaan Akuifer dengan Teknik Geoelektrik
di Sungai Kelambu, Banting, Selangor
(Mapping of Aquifer by Geoelectrical Techniques at
Sungai Kelambu, Banting, Selangor)
Umar Hamzah, Dayang Suraya Sirat & Nazihah Muzafar
Program Geologi
Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Pengukuran keberintangan secara menegak dan secara 2D telah dilakukan di Sungai Kelambu, Banting untuk memetakan lapisan dan jenis air yang terdapat dalam akuifer pasir serta endapan yang berada di sekitarnya. Pengukuran keberintangan menegak dilakukan di sebanyak 29 stesen manakala pengukuran keberintangan 2D dilakukan di sebanyak 8 profil. Keberintangan sebenar yang diperolehi menerusi permodelan songsang telah dikorelasikan dengan data lubang gerudi yang berhampiran untuk memudahkan pentafsiran. Berdasarkan pentafsiran, lapisan lempung didapati berkerintangan 8-180m dan tebal purata 15m berada di atas lapisan akuifer pasir berkeberintangan 40-800m dan tebal 35-87m. Lapisan pasir ini terendap di atas metasedimen yang berjulat keberintangan 600-800 m. Selain daripada fakta keberintangan dan ketebalan, taburan stesen kajian telah memungkinkan pembinaan peta kontur untuk melihat taburan ketebalan dan keberintangan lapisan akuifer. Peta kontur ketebalan menunjukkan bahagian akuifer yang paling tebal terletak di bahagian tengah dan tenggara kawasan kajian. Oleh sebab julat keberintangan akuifer ini berkisar di antara 40-800m, ini bermakna akuifer tersebut mengandungi air segar hingga payau.
Kata kunci: akuifer air bawah tanah; keberintangan elektrik; permodelan songsang; survei geofizik
RUJUKAN/REFERENCES
Abdul Kahar Embi. 2000. Kajian geologi sub-permukaan menggunakan teknik Seismik pembiasan dan pengimejan geoelektrik 2D di cadangan lebuhraya Kuala Kangsar fasa 2. Seminar Penggunaan Geofizik dalam Kajian Geoteknik. Jabatan Mineral dan Geosains, Ipoh, Perak.
Dam, J.C.1992. Problems of lowland development. Prosiding seminar ILT. ms 1-17.
Keller, G.V & Frisckhnecht, F.C. 1966. Electrical methods in Geophysical Prospecting. Oxford: Pergamon Press. 517p.
Loke, M.H. 1997. Electrical imaging surveys for environment and engineering Studies. Nota khusus pengimejan elektrik. Pusat Pengajian Sains Fizik, USM.
Loke, M.H. & Barker , R.D. 1996. Rapid least-squares inversion of apparent resistivity pseudosection using a quasi-Newton method. Geophysical Prospecting 44:131-152.
Nawawi, M.N.M, Harith, Z.Z.T, Ayub, M.S., Ibrahim, A.N. & Alponse, A. 2001. Modeling of an underground aquifer using 2-D electrical imaging technique in Brooklands Plantation, Selangor, Malaysia. Proceedings of the 2nd Int. Symp. of Geophysics, Egypt, 293-297.
Todd, D.K.1974. Saltwater and its control. Journal of American Water Association 66(3): 20-26.
Hamzah, U., Yaccup, R., Samsudin, A.R. & Ayub, M.S. 2006. Electrical imaging of the groundwater aquifer at Banting, Selangor, Malaysia. Environmental Geology 49(8): 1156-1162.
|