TINGKATKAN KEMAHIRAN DENGAN BENGKEL INTENSIF VIDEO POWER
Oleh Siti Khatijah binti Rashid
UKM: Satu bengkel berkaitan kemahiran teknologi video akan diadakan di UKM pada 24 dan 25 November 2012. Presiden Bengkel Intensif Video Power, Ahmad Syazli berkata bahawa bengkel ini diadakan bertujuan untuk menambah nilai kepada golongan mahasiswa khususnya bagi melengkapkan diri mereka dengan kemahiran teknologi video.
Menurutnya lagi, bengkel yang diadakan selama dua hari ini lebih bersifat teori dan praktikal dimana para peserta akan diberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik menghasilkan video yang kreatif dan interaktif. Para peserta juga dapat mengaplikasikan teknik-teknik yang dipelajari dengan menghasilkan video sendiri.
“Ramai pelajar yang ada perniagaan sampingan sendiri dan kemahiran video dapat membantu mereka untuk memasarkan produk ataupun perkhidmatan mereka. Kemahiran teknologi video merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan dalam sesebuah perniagaan. Kita boleh buat duit bila ada kemahiran teknologi video ini”
“Kita juga ada mengadakan pertandingan video satu atau dua kali setiap bulan dan ganjaran berupa wang tunai akan diberikan kepada setiap pemenang” katanya lagi. Melalui bengkel yang akan diadakan, para peserta boleh menghasilkan video mengikut kreativiti sendiri dan boleh menyertai mana-mana pertandingan yang berkaitan dengan teknologi video.
Bengkel Intensif Video Power (B.I.V.P) ini akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Bengkel ini dibuka kepada seluruh kakitangan ukm termasuk pelajar dan staf ukm serta orang luar yang berminat untuk menyertai bengkel ini. Yuran yang dikenakan hanya RM400 berbanding dengan harga di luar yang mencecah ribuan ringgit. Penyertaan terhad kepada 30 orang sahaja yang berminat untuk menyertai bengkel ini.
Sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang bengkel ini bolehlah menghubungi Cik Azie di talian 019-4290745 ataupun melayari facebook “Bengkel Intensif Video Power (B.I.V.P)”.