Mengapa Perlu Jimatkan Penggunaan Tenaga

Penggunaan tenaga elektrik merupakan salah satu punca peningkatan CO2 di samping pengangkutan, bahan buangan dan pembangunan lain.  Pembebasan karbon adalah dari proses menghasilkan tenaga elektrik dan ini bermakna semakin kurang tenaga elektrik yang digunakan semakin kurang CO2 dibebaskan dipuncanya.

Terdapat banyak sebab mengapa anda harus menjimatkan tenaga.

  • Peningkatan masalah perubahan iklim
  • Peningkatan harga/tariff elektrik
  • Inflasi
  • Kegawatan ekonomi

Salah satu penyebab utama perubahan iklim ialah keperluan manusia yang semakin meningkat untuk tenaga; sama ada elektrik, gas dan minyak dan semuanya ini datang dari bahan fosil.

Ketika ini ramai yang bimbang dan prihatin tentang meningkatnya bil elektrik.  Puncanya adalah meningkatnya kos penjanaan tenaga dan keuntungan yang diperoleh oleh pembekal tenaga.  Realitinya, isu yang lebih kritikal ialah kita menggunakan sumber alam yang terhad pada kadar yang meningkat.  Sesetengah sumber ini, terutamanya minyak, kita menggunakannya pada kadar lebih tinggi berbanding jumlah yang boleh dikeluarkan dan sumber ini semakin berkurangan.

Terdapat juga banyak pilihan sumber tenaga lain yang secara teorinya boleh digunakan tanpa mengurangkan sumber alam. Bagaimanapun terdapat isu teknikal lain yang perlu diselesaikan sebelum ianya boleh menjadi sumber yang dominan.

Jalan penyelesaian yang mudah ialah mengurangkan penggunaan tenaga yang kita gunakan.  Dengan ini kita menjimatkan wang di samping mengurangkan tumpuan penggunaan sumber alam.

Sesetengah orang mempertikaikan mengapa kita harus melakukan penjimatan sedangkan di tempat lain, penjimatan tenaga tidak dilakukan.  Kita harus bermula pada satu tempat dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang individu.  Dengan menjimatkan tenaga, kita sebagai individu sudah menyumbang kepada pengurangan CO2 dan perubahan iklim.   Kita semua sebagai individu boleh memberi impak dan membuat perubahan kecil untuk memperbaiki keadaan. 

Kita semua harus berubah dan semakin cepat kita mulakan perubahan ini, semakin segera pembaikan dari aspek teknologi akan berlaku dan semakin segera pulangan penjimatan kta rasai.

Penggunaan Tenaga dan Penjanaan Karbon di UKM dan FSSK

Chart

Chart

Chart

© CRed @ UKM 2009. all rights reserved | Engineered By aWiTyANz