Banner

Pengenalan – Apakah Cekap Tenaga?

Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang digunakan seharian sama ada di tempat kerja mahupun di kediaman. Cekap tenaga bermaksud menggunakan elektrik secara bijak dalam menjalankan suatu tugas yang serupa. Menggunakan tenaga secara cekap juga bermakna kita menjimatkan elektrik disamping memanfaatkan sepenuhnya penggunaannya.

Fakta Malaysia

  • merupakan negara ke-26 terbesar sumber gas rumah hijau
  • keluarkan 177.5 MtCO2, 0.6% jumlah global
  • dianggarkan setiap penduduk keluarkan 7.5 ton CO2 (purata global ialah 4.5 ton CO2)

Anda boleh membantu dengan mengambil langkah-langkah mudah berikut:

1. Lampu

  • Gunakan mengikut keperluan sahaja. Matikan suis apabila meninggalkan bilik anda.
  • Gunakan mentol rendah tenaga seperti “compact flourescent lamp”. Pasangkan pada lampu meja /membaca anda.
  • Manfaatkan cahaya matahari. Aturkan meja supaya berhampiran tingkap. Bukakan langsir dan penghadang cahaya bagi menerangi bilik anda.

2. Peralatan komputer

  • Matikan segala peralatan komputer (PC, monitor, printer) apabila tidak digunakan. Matikan suis di plug sebelum anda meninggalkan bilik.
  • Dimana perlu, gunakan lap-top berbanding desktop PC kerana ia menggunakan kurang tenaga.
  • Manfaatkan ciri menjimat tenaga yang ada pada peralatan komputer – power save setting

3. Alat pendingin hawa

  • Matikan apabila tidak digunakan. Gunakan hanya apabila suhu dalam bilik semakin panas/tidak selesa.
  • Tingkatkan suhu kepada 20°C. Suhu di luar bilik hanya 4-5°C sahaja lebih tinggi.
  • Buka jaket dan pakai kemeja sahaja apabila berada dalam bilik.

 4. Lain-lain peralatan elektrik – cerek, radio, pengecas bateri dsb

  • Gunakan peralatan ini dengan sewajarnya. Matikan suis dan cabut plug daripada soket di dinding apabila peralatan ini selesai digunakan.

“Bersama kita meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di FSSK”

© CRed @ UKM 2009. all rights reserved | Engineered By aWiTyANz