Laman Utama
Sub Tema
Tarikh Penting
Pendaftaran
Pembayaran (online)
Kertas Kerja
Hubungi kami
Prosiding PERKEM
Galeri Perkem
Atur cara Perkem-10
Sesi Pembentangan

FOKUS PERSIDANGAN

Aspek yang akan menjadi fokus perbincangan persidangan merangkumi tiga aspek penting yang menjadi tunjang seminar kali ini iaitu, kekayaan inklusif, pertumbuhan inklusif dan kelestarian pembangunan. Bertunjangkan tiga aspek penting tersebut, PERKEM Ke-10 meneruskan kelangsungan dengan menyediakan platform pertemuan kepada semua pihak termasuk para penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berminat untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dalam memperkukuhkan lagi dasar dan program pembangunan negara.

Aspek yang menjadi fokus perbincangan persidangan PERKEM Ke-10 merangkumi sub tema berikut:

  • Kekayaan inklusif
    • pembangunan wilayah (NCER, ECER dan yang berkaitan)
    • pembangunan bandar, luar bandar dan pedalaman
    • pembangunan sosio-ekonomi dan kualiti hidup (jenayah, rasuah dll.)
    • memperluaskan akses pendidikan dan kesihatan
    • meminimumkan permasalahan sosial
    • meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah
    • Akses komunikasi dan teknologi maklumat
  • Pertumbuhan inklusif
    • pertumbuhan holistik dan mapan
    • agihan dan ketakseimbangan
    • pembangunan modal insan dan pengurusan sumber manusia berkualiti
    • produktiviti, inovasi, teknologi dan transformasi ekonomi
    • kestabilan makroekonomi dan pendapatan
    • dasar fiskal dan monetari  
    • perdagangan antarabangsa, kewangan antarabangsa dan pelaburan
    • muamalat dan kewangan Islam
    • ekonomi monetari, kewangan dan perbankan
    • pengukuhan peranan institusi: struktur pasaran, daya saing dll.
  • Kelestarian pembangunan
    • teknologi hijau
    • kelestarian kualiti alam sekitar
    • resilient city dan Greater Kuala Lumpur
    • ekonomi alam sekitar
    • sektor komoditi utama
    • sektor perindustrian
    • sektor perkhidmatan (rekreasi, hospitaliti, pengangkutan, komunikasi dll.)
    • sektor minyak, gas, tenaga dan sumber
  • Isu-isu terkini dalam ekonomi
    • peningkatan kos sara hidup
    • kejutan luaran (harga minyak, krisis harga makanan, krisis kewangan antarabangsa dll.)
    • isu makroekonomi
    • isu golongan mudah terancam
    • dasar belanjawan
    • dasar monetari
    • dasar pembangunan ekonomi (model ekonomi baru, negara ekonomi berpendapatan tinggi dll.)
    • dasar perdagangan antarabangsa dan pelaburan
    • pembangunan keusahawanan Bumiputra dan kredit mikro
    • sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

 

 

Laman Utama| Tarikh Penting | Pendaftaran | Kertas Kerja | Hubungi Kami | Galeri Perkem