Pelajar Sekolah Bentang Prototaip Projek Penyelidikan STEM

Published on 04 Oct 2018 , Expired on 04 Nov 2018

SEPANG, 16 Ogos 2018 – Seramai 32 pelajar dari tiga buah sekolah di Daerah Sepang telah membentangkan prototaip hasil projek penyelidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui program Mentor Menti UKM-JPNS: STEM-IoT 2018 baru-baru ini. Pelajar-pelajar tersebut adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rawang, SMK Pantai Sepang Putra dan SMK Pelek. Dalam pertandingan tersebut, peserta setiap kumpulan mempamerkan prototaip serta membentangkan hasil projek yang bertemakan STEM-IoT: Pertanian Bandar kepada para juri, ibu-bapa, barisan guru dan komuniti. Program Mentor Menti UKM-JPNS: STEM-IoT adalah projek khas STEM bagi daerah Sepang yang dilaksanakan melalui Program Pemerkasaan Kompetensi Akademik Siswa (PKAS) Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB) Univeriti Kebangsaan Malaysia (UKM), di bawah Program Mentor-Menti STEM UKM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

Attachments:


<< Back