Program Pemerkasaan Kompetensi Akademik Siswa (PKAS) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM dengan kerjasama Further Studies Sdn. Bhd mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel ‘Design Thinking’ kepada pelajar lepasan UPSR. Bengkel ini bertujuan memperkasa pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam STEM dan Reka Bentuk Teknologi berkonsepkan pendidikan abad ke-21. Bengkel Design Thinking siri 2 yang dijalankan pada 1 November 2018 di Perpustakaan Lingkungan 2, UKM ini disertai oleh 18 orang pelajar dari SJKT West Country, SK Bandar Baru Salak Tinggi, SK Taman Bukit Subang dan SJKT Seaport.