Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah aspek penting dalam pendidikan abad ke-21 dan era industri 4.0. Generasi muda perlu menyediakan diri dengan kemahiran insaniah dan pengetahuan asas bidang yang diminati lebih awal sebelum melangkah ke alam universiti 🎓 . Sehubungan itu, Program Pemerkasaan Kompetensi Akademik Siswa (PKAS), Pusat Kejuruteraan Elektronik dan Teknologi Terkehadapan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM mengambil inisiatif untuk menganjurkan ‘ELEKTRONIK BOOTCAMP’ (EB). Terbuka kepada pelajar lepasan SPM2018. Belajar sambil mengumpul pengalaman. Jika berminat, sila daftar di pautan bit.ly/PKAS_EB19 .