Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah aspek penting dalam pendidikan abad ke-21 dan era industri 4.0. Generasi muda perlu menyediakan diri dengan kemahiran insaniah dan pengetahuan asas bidang yang diminati lebih awal sebelum melangkah ke alam universiti . Sehubungan itu, Program Pemerkasaan Kompetensi Akademik Siswa (PKAS), Pusat Kejuruteraan Elektronik dan Teknologi Terkehadapan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM mengambil inisiatif untuk menganjurkan ‘21st CENTURY ELECTRONIC BOOTCAMP 2020’ (EB) seperti butiran berikut: 6 - 31 Jan 2020 | Isnin - Jumaat | 9:00am - 6:00pm | Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM