UKM Jalin Kerjasama dengan BRAINet dan SK Innovation Hasilkan Modul P&P Informal STEM

Published on 03 Aug 2018 , Expired on 01 Oct 2018

BANGI, 27 Julai 2018 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) telah menjalin kerjasama dengan BRAINet (M) Sdn. Bhd. dan SK Innovation Sdn. Bhd. bagi menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran informal STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) selaras dengan sukatan pembelajaran dan keperluan pendidikan abad ke-21. Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, modul interdisiplin dalam Bahasa Melayu yang dihasilkan melalui kerjasama itu berasaskan kepada intervensi kejuruteraan yang dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar di seluruh negara untuk memperhalusi pendidikan STEM dengan lebih holistik dan praktikal.


<< Back