18.34 - Pertandingan STEM-IoT 2018

Event Date: 14 August 2018

Venue: Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek, Sepang

Pertandingan STEM-IoT merupakan program kemuncak bagi Program Mentor Menti UKM-JPNS: STEM IoT yang telah dilaksanakan sejak Oktober 2017 oleh Program Pemerkasaan Kompetensi Akademik Siswa (PKAS) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina di bawah Program Mentor-Menti STEM UKM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Projek ini mengintegrasi pengetahuan STEM melalui kemahiran dan teknologi pendidikan abad ke-21. Seramai 32 orang pelajar dari SMK Sungai Rawang, SMK Pantai Sepang Putra dan SMK Sungai Pelek telah terpilih untuk menyertai pertandingan STEM-IoT. Melalui pertandingan peringkat akhir ini, peserta setiap kumpulan mempamerkan prototaip serta membentangkan hasil kerja projek STEM-IoT: Pertanian Bandar yang telah dilaksanakan oleh kumpulan masing-masing kepada juri, ibu-bapa, barisan guru dan komuniti.

Activity Info

Other
Students, Teachers, Parents and Community Sepang

Topic: Exhibition (PROGRAM STEM Mentor-Menti UKM-JPNS (Sepang) 2018)

Objectives of this workshop:

  1. Untuk berkongsi perkembangan dan pencapaian pelajar dalam Program Mentor Menti UKM-JPNS: STEM-IoT
  2. Untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar, guru-guru dan ibu bapa mengenai keupayaan dan potensi pelajar dalam mengintegrasi pengetahuan STEM melalui pendekatan pendidikan abad ke 21.
  3. Untuk menyediakan platform kepada peserta Program Mentor Menti UKM- JPNS: STEM-IoT untuk berkongsi pengalaman dan produk STEM IoT berkonsepkan pertanian bandar.