Gema Ilmu sekolah@ukm 2018

Event Date: 26 November 2018

Venue: Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM

Gema Ilmu sekolah@ukm 2018, menjadi platform PKAS memperkenalkan produk berasaskan integrasi STEM melalui intervensi kejuruteraan kepada pelajar sekolah dan komuniti. Produk yang diperkenalkan terdiri daripada kit STEM, bengkel kepada pelajar lepasan UPSR, pelajar menengah rendah dan lepasan SPM. PKAS turut mempromosikan program Junior STEM Discovery (JSD) serta STEM dan Memori: Pembelajaran Futuristik (SMPF) kepada masyarakat. Program ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah (7-12 tahun). JSD dan SMPF dibangunkan hasil penyelidikan pelajar siswazah dan kumpulan penyelidik PKAS. Diharap penglibatan PKAS dalam program ini dapat memberi pendedahan berkaitan kepentingan STEM kepada masyarakat secara tidak langsung memupuk minat pelajar terhadap bidang STEM.

Activity Info

Other

Topic: Exhibition (Other)