CRed @ UKM

Carbon Reduction Program di Universiti Kebangsaan Malaysia dimulakan oleh sekumpulan penyelidik dengan biaya Geran Universiti Penyelidikan di bawah Nic Perubahan Iklim.  CRed@UKM merupakan kolaborasi lima institusi di United Kingdom, China dan Amerika.  Rakan penyelidikan utama ialah di Carbon Reduction Program, United Kingdom yang berpusat di School of Environmental Sciences, University of East Anglia, Norwich, UK.

Usaha utama CRed@UKM adalah menterjemahkan hasil penyelidikan yang berkaitan perubahan iklim menjadi sesuatu yang praktikal dan boleh diaplikasikan oleh setiap individu.  Ini merupakan usaha penting dalam menghadapi cabaran persekitaran masa kini iaitu PERUBAHAN IKLIM.

CRed@UKM membina usahasama semua dan membuat keputusan tentang bagaimana boleh mengurangkan pengeluaran karbon dioksida (CO2).

Apakah yang CRed akan lakukan

Program ini hanya akan berjaya jika semua ahli masyarakat sama-sama bertindak.  Semua usaha dan program yang dilaksanakan secara individu.  CRed tidak boleh melakukannya tanpa ANDA bertindak sama.

Marilah bersama kami – tiada apa yang merugikan.

Kenapa saya perlu sertai?

Malaysia mengeluarkan sebanyak 177.5 juta ton CO2 ke atmosfera setahun.  Setiap seorang dari kita menyumbang sebanyak 7.5 ton CO2 setahun*.
Emisi ini termasuk tenaga elektrik yang kita gunakan, pengangkutan dan sistem pendingin hawa yang kita perlukan untuk keselesaan.  Tetapi, yang tidak nampak dipandangan ialah pengeluaran CO2 yang berkait dengan perkara yang kita buat, makan, beli atau buang.

Ini adalah satu sumbangan kita kepada generasi akan datang dengan mengekalkan keadaan alam sekitar yang lebih baik.  KELEBIHAN yang paling baik untuk kita pula ialah dengan menjimatkan wang dengan menggunakan tenaga elektrik dengan lebih cekap.

© CRed @ UKM 2009. all rights reserved | Engineered By aWiTyANz