Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
OLEH MOHD SOLEHUDDEN BIN MOHD AHHARI
Kewajaran mahasiswa terlibat dalam politik telah lama diperkatakan, sama ada politik kampus ataupun politik negara yang melibatkan parti-parti tertentu. Rata-rata penuntut yang ditemui bersifat berkecuali daripada terlibat dengan politik tetapi tidak menolak untuk menyokong mana-mana pemerintah. Saban tahun ratusan mahasiswa mendaftar di universiti dan kolej dengan pelbagai keinginan, matlamat dan gaya penampilan untuk menambah ilmu di dada. Teruja mengulang kaji pelajaran untuk mendapat segulung ijazah dalam pelbagai bidang di menara gading. Kehidupan yang mencabar di kampus sedikit sebanyak mempengaruhi kecenderungan mereka bertembung dengan isu semasa yang melibatkan kepemimpinan, keilmuan, pergerakan politik dan perjuangan peribadi.
Namun dicelah-celah kekalutan menimba ilmu terdapat segelintir penuntut yang membawa fahaman politik masing-masing di luar ke dalam kampus. Tidak salah jika mereka ini hanya sekadar berpolitik di dalam kampus untuk bertanding merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sekali gus melahirkan mahasiswa lebih berintegriti. Sebaik menjejak kaki di kampus, mahasiswa dihidangkan dengan satu fenomena yang dinamakan politik kampus bagi melantik pemimpin dalam kalangan mereka. Golongan inilah antara prospek kelompok yang boleh dipergunakan oleh mana-mana pihak yang melihat mereka mudah dipengaruhi. Maka pada sesi tertentu penamaan calon dan perang poster rancak dijalankan bagi membolehkan calon-calon terbaik bertanding seterusnya menjawat jawatan dalam MPP. Namun begitu, melihat terhadap penerimaan mahasiswa yang baru sahaja mendaftar kepada isu politik kampus, pasti pelbagai reaksi yang akan dilontarkan daripada mereka kerana pertama kali menjejakkan kaki di universiti sudah dilanggar dengan arus politik kampus.
Menurut seorang mahasiswa tahun pertama Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohd Qayyum Bin Abd Latip, politik kampus bagus kerana ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baru supaya tidak mengundi ikut suka hati mereka. “Pada saya perjalanan pilihanraya kampus kurang sistematik kerana disebabkan oleh masa yang agak singkat serta ia akan melibatkan waktu kuliah para pelajar.” Katanya.
Beliau menambah, “ yang tidak bagus apabila ada sesetengah pihak yang cuba untuk memburukkan pihak yang satu lagi, ini akan mencemarkan nama baik sesebuah universiti berkenaan.” Katanya lagi.
Bagi seorang pelajar tahun pertama Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan pula, Najwa Shakirah Binti Mohd Shafie, politik kampus mengejutkan serta seperti tiada hala tuju.
“Masuk Universiti terus kena undi, langsung tak tahu apa-apa. lagi satu calon yang nak diundi pon tak kenal, yang baiknya melatih diri pelajar untuk menghadapi pilihanraya yang sebenar di luar sana.” Katanya.
Menurut pendapat seorang lagi pelajar tahun pertama terhadap penerimaannya pada politik kampus iaitu Shaiful Azril Bin Jamil, beliau berpendapat “Pilihanraya kampus ni dapat membolehkan pelajar baru itu mengenali pelajar senior mereka serta dapat berkenalan dengan ramai kenalan” Katanya.
Namun demikian, perlu dilihat bahawa pilihanraya kampus dapat meningkatkan pengalaman menguruskan proses pilihan raya di kampus serta boleh mematangkan penuntut yang menerajuinya dan ia boleh dijadikan pembelajaran terbaik. Memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar ketika berada di kampus boleh menjadikan seseorang penuntut lebih bertanggungjawab dan mewujudkan jati diri yang tinggi.