penglibatan pelajar ukm dalam kursus kemahiran asas kaunseling
oleh nur adila syafiqa sulaiman
Bangi - Unit kaunseling merupakan satu unit di bawah Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) yang memberikan perkhidmatan membantu pelajar dalam pertumbuhan dan perkembangan diri melalui pendekatan kaunseling dan psikologi. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan termasuklah khidmat UPRS (Unit Pembimbing Rakan Siswa/i).
UPRS telah mengadakan program untuk kursus kemahiran asas bimbingan dan kaunseling kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berminat untuk mengikuti. Program ini merupakan kerjasama unit kaunseling dengan pihak UKM. Menurut ketua pengarah program kursus ini, Mohammad Irwan bin Ahmad, pelajar tahun tiga jurusan Psikologi, program ini terbuka kepada semua pelajar UKM dan tempat adalah terhad kepada 50 orang sahaja.
Menurut Irwan, anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan ini, program ini dilakukan adalah untuk meningkatkan nama unit kaunseling itu sendiri seterusnya sebagai medium antara unit kaunseling dengan pelajar. “Mungkin kami boleh membantu dari peringkat bawah contohnya sebagai pendengar setia,” apabila ditanya mengenai sudut bagaimana ahli UPRS dapat membantu pelajar.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ceramah kemahiran asas kaunseling, flying fox, obstacle, clay therapy dan banyak lagi. Kebanyakan slot-slot yang disediakan adalah outdoor. Ianya adalah untuk membina jati diri peserta-peserta berkaitan dengan kaunseling dan bimbingan.
Program ini diadakan pada 23 - 25 November 2012 di Perkampungan dan Latihan Rekreasi Nur Lembah Lenggong, Perak. Pelajar UKM yang ingin menyertai program ini boleh menghubungi mereka yang berkenaan melalui facebook dan no telefon yang disertakan di tampalan poster-poster di setiap fakulti.
“Proses penyediaan program ini berjalan lancar. Ramai yang ingin menyertai program ini tetapi seperti yang dinyatakan ianya terhad kepada 50 orang dan paling maksimum peserta yang diambil ialah 60 orang.
“Kerjasama semua pihak adalah baik. Kami mendapat dana dari pihak JPPel tetapi pelajar yang ingin menyertai juga perlu membayar RM50 seorang sahaja.
“Penglibatan UPRS di UKM baru sahaja menapak untuk membangun pada tahun 2007. Boleh dikatakan unit kaunseling di UKM sedang meningkat dengan melibatkan diri dalam pelbagai program yang dianjurkan dan bekerjasama dengan institut pengajian tinggi (IPTA) lain,” katanya apabila ditanya mengenai harapan program ini kepada UPRS dan pihak UKM sendiri.
Gambar sekitar kursus kemahiran asas kaunseling.