berhabis wang untuk novel
oleh mohammad hafizol musa@awang
Novel dan remaja memang tidak dapat dipisahkan terutama remaja wanita. Lambakan novel di pasaran menyebabkan mereka teruja untuk memiliki novel terbaru, terutamanya novel yang mendapat jumlah cetakan yang tinggi. Antara novel yang sering mendapat perhatian ialah novel keluaran Alaf 21 dan Kaki Novel. Penulis hebat seperti Fauziah Ashaari, Ramlee Awang Murshid, H.M Tuah Iskandar dan Syarifah Abu Saleem sering bermain di bibir para pencinta novel. Mereka pasti tertunggu-tunggu naskhah terbaru dari penulis-penulis hebat tersebut.
Menurut pelajar Ekonomi dan Pengurusan Roslina Ahmad, isu berhabis duit untuk membeli novel tidak patut timbul atau dijadikan isu besar memandangkan amalan membaca novel ini bergantung kepada individu itu sendiri. Banyak novel ilmiah dijual di pasaran. Tiada salahnya menggunakan wang untuk membeli novel ilmiah. Antara penulis novel kegemaran beliau ialah Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea, Nuhayati Berahim dan Siti Rosmizah. Namun novel yang sangat memberi kesan kepada dirinya ialah novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah. Roslina akan membeli novel sebanyak 3 buah novel setiap dua bulan sekali memandangkan beliau juga sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membaca novel kerana sibuk menyiapkan tugasan pensyarah.
Nurul Idiani Azmi Basir pula tidak setuju apabila dikatakan pelajar berhabis wang untuk membeli novel kegemaran. Menurutnya, pelajar lebih gemar menghabiskan wang untuk membeli-belah berbanding membeli novel memandangkan novel yang bagus bukan selalu terdapat di pasaran. Beliau menghabiskan sekitar RM50 untuk membeli novel yang digemarinya. Novel yang menjadi kegilaan pelajar Sains Politik ini ialah novel bersiri Tombiruo yang merupakan karya agung Ramlee Awang Murshid. Harga sebuah novel yang tidak terlalu mahal bukan menjadi halangan kepadanya untuk memiliki novel yang digemari.

Berbeza dengan Wan Nur Syahirah Wan Abdullah yang lebih gemar meminjam buku daripada kawan apabila ingin membaca novel yang diminati kerana cara ini boleh menjimatkan wang sakunya. Kebiasaannya, RM50 sebulan dihabiskan untuk membeli novel terutamanya golongan kaki novel. Menurutnya, pelajar tidak patut menghabiskan wang saku dengan membeli novel yang tidak berilmiah contohnya novel cinta remaja. Mereka seharusnya membeli novel yang berilmiah kerana novel seperti itu boleh menambahkan pengetahuan am. Beliau juga turut mengingatkan penggemar novel supaya membaca novel sekadar untuk mengisi masa lapang dan jangan mengabaikan kerja-kerja dan tugasan dari pensyarah. Pelajar Seni Kulinari dari Universiti Teknologi Mara(UITM) Shah Alam ini sangat menggemari naskhah Adam dan Hawa berikutan drama tersebut sedang meletup di kaca televisyen sekarang.
Memetik kata-kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar dalam mystar.com, jika dulu novel Bahasa Malaysia sering diletakkan di rak bahagian belakang, tapi saya lihat bahan bacaan itu pada hari ini turut diminati masyarakat bukan Melayu. Menurutnya, perubahan budaya membaca novel di kalangan pembaca Cina dan India, jelas membuktikan bahasa Malaysia semakin diterima ramai sekaligus membantu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa rasmi negara ini.
Hobi membaca novel merupakan sesuatu yang sangat sinonim dengan pelajar untuk mengisi masa lapang. Harga sebuah novel yang berpatutan tidak menghalang mereka untuk mengumpul novel kegemaran. Lambakan novel yang berilmiah dan sarat dengan pengajaran di pasaran sering menjadi pilihan penggemar novel.