Demam Gangnam Style
oleh Loke Kar Wai
K-Pop merupakan satu trend yang amat popular dalam kalangan negara asia. Sejak kebelakangan ini, sebuah lagu korea iaitu “Gangnam Style” oleh PSY telah membawa trend hangat dalam kalangan negara asia malahan turut popular sehingga ke negara Barat. Sekarang, boleh dikatakan satu dunia turut demam Gangnam Style. Semua orang telah mendengar dan juga mengetahui nyanyian lagu tersebut.
Gangnam style ialah sebuah lagu pop Korea 2012 yang didendangkan oleh rapper dari Korea Selatan, PSY. Lagu ini dipuji kerana lawak, irama yang menarik serta tarian kuda PSY yang lain daripada yang lain. Lagu ini diterbitkan pada 15 Julai 2012, ditonton lebih 518 juta kali pada 21 Oktober 2012 dan menjadikan video K-pop yang paling kerap ditonton di laman web YouTube.
Pada 17 September, lagu ini telah dicalonkan sebagai video terbaik 2012 MTV Muzik Anugerah Eropah yang akan diadakan di Frankfurt, Jerman. Pada 20 September 2012, "Gaya Gangnam" telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai video yang paling "disukai" oleh pengguna dalam sejarah YouTube.
Ramai yang tertanya-tanya, siapakah sebenarnya penyanyi lagu Gangnam Style ini? Mengapakah dia menjadi popular secara tiba-tiba dan dapat menarik minat masyarakat negara barat tetapi tidak pernah dengar nama dia sebelum ini? Adakah dia ialah penyanyi baru atau penyanyi yang telah lama menceburi bidang hiburan di Korea? Terlalu banyak soalan tentang sejarah dan latar belakang beliau sehinggalah peminat K-pop turut tidak semestinya mengenali beliau. Jadi, siapakah PSY?
Park Jae Sang, ataupun dikenali sebagai PSY, lahir pada 31 Disember 1977. Psy atau Psycho bukanlah penyanyi baru. Kerjayanya bermula apabila album pertama dikeluarkan pada tahun 2001. Karya pertama pemuda bekas pelajar Universiti Boston ini tidak bernasib baik kerana Psy dijatuhkan hukuman denda setelah album pertamanya. ‘PSY From The Psycho World!’, dikatakan mengandungi kandungan yang tidak sesuai kepada golongan bawar umur. Begitu juga dengan nasib album kedua dengan alasan yang sama seperti album pertama. Karya yang terlalu agresif menyebabkan imej PSY tercemar dan tidak ingin diingati oleh pengguna-pengguna. Ini ialah faktor utama yang menyebabkan kerjaya PSY tidak dapat berkembang seperti artis korea lain.
Apakah istimewa dan maksud lagu “Gangnam Style”? Gangnam merupakan satu daerah yang menyimbolkan kesejahteraan dan kemewahan di Korea. Ramai penduduk yang dapat menikmati kehidupan yang berstatus tinggi apabila negara ini berkembang dengan pesat. Namun, terdapat juga segelintir penduduk yang masih tidak mampu menjalani kehidupan sebegini. Mereka tidak ingin status sosial dipandang rendah dan juga mengikuti gaya hidup sebegini. Di Korea Selatan, terdapat sebuah cerita lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini diperuntukan untuk wanita yang rela memakan mi segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Lagu ini dicipta untuk menyindirkan kehidupan sebegini di daerah Gangnam.
Video ini disertai oleh artis-artis korea lain seperti ahli kumpulan 4minute (Hyuna) yang merupakan watak wanita utama, ahli Big Bang(Daesung dan Seungri) sebagai orang tua yang bermain catur di taman, pelawak dan pengacara televisyen(Yoo Jae-Suk dan No Hongchul) dan Hwang Min-woo, serta seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang pernah menyertai rancangan televisyen “Korea,s Got Talent”. Gerak geri yang lucu merupakan sebab utama dia dapat menyertai rakaman video ini.
Gangnam style menjadi satu fenomena di seluruh dunia. Namun,tahap kehangatan lagu ini di negara Malaysia pula sampai ke tahap mana? Ramai yang membuat video klip meniru Gangnam Style bahkan ada juga selebriti turut meniru gaya lagu ini. Malaysia merupakan negara yang paling ramai selebriti yang membuat dan meniru video tersebut walaupun ramai rakyat Malaysia sebenarnya tidak mengetahui maksud dan konsep lagu ini.
Lagu ini diketahui oleh masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Parimala, pelajar India FSSK mengatakan bahawa dia kerap mendengar lagu ini dan dia amat suka kerana rentak lagu yang lancak dan hebat walaupun beliau bukan seorang peminat k-pop. Oi Lli, pelajar FSSK di bawah pusat Media dan Komunikasi pula mengatakan bahawa dia kerap mendengar lagu Gangnam Style sebelum ini tetapi sekarang tidak mendengar lagi kerana telah menonton video tersebut terlalu kerap. Walaupun begitu, beliau masih menyukai lagu tersebut kerana tarian yang berlainan daripada yang lain. Nur Siti Aisyah, yang merupakan seorang peminat k-pop amat menyukai lagu ini dan dia sanggup mendengar lagu ini berulang-kali.
Ramai orang menyukai tarian menunggang kuda yang lawak dalam lagu ini dan tarian ini juga menjadi satu trend yang ditiru oleh orang ramai. Pelbagai persembahan tarian dan juga “flash mob” telah dijalankan. Program Hari Interaksi MENTION yang diadakan oleh Pusat Media dan Komunikasi turut mempunyai persembahan tarian ini oleh pelajar MENTION.
Lagu ini terutamanya tarian kuda yang lawak ini telah menjadi satu trend yang hangat. Bukan sahaja begitu, lagu ini turut menjadi satu legenda dalam bidang hiburan korea. Siapa dapat sangka dengan tarian yang lawak ini dapat membawa satu trend yang hangat dan mencetuskan “Demam Gangnam Style”?