penambahbaikan pengurusan kredit ko-k tahun satu
oleh loke kar wai
Bangi - Pengurusan kredit Ko-kurikulum telah mengalami perubahan pada sesi tahun 2012/2013 demi kebaikan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun satu. “Namun, realitinya ia bukan satu perubahan tetapi ia merupakan satu penambahbaikan,” demikian menurut Pengarah Ko-kurikulum Pusat Akreditasi iaitu Prof. Madya Dr. Khaidzir Hj. Ismail.
“Kontrak pembelajaran ataupun dikenali sebagai Learning Contract merupakan suatu sistem yang berteraskan meningkatkan soft skill pelajar universiti supaya berdaya bersaing dalam bidang pekerjaan masing-masing. Sistem ini membawa hasil yang bermanfaat. Hasil tersebut ialah cara berfikir pelajar menjadi luas dan tidak hanya fokus kepada aktiviti kurikulum. Selain itu, sistem kontrak pembelajaran ini turut membantu dalam meningkatkan gred pelajar,” menurut beliau.
Penambahbaikan yang telah dilakukan ialah pelajar diberikan had untuk memenuhi dua kredit sahaja untuk setiap semester. Ramai pelajar mengambil kesempatan untuk menghabiskan keenam-enam kredit dalam satu semester dan tidak memberi sebarang komitmen selepas ini. Selain itu, terdapat satu perubahan yang masih belum mendapatkan pengesahan dan masih dalam proses iaitu cara penilaian berkemungkinan daripada penilaian gred kepada “Galus”(Gagal dan lulus). Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.
Namun, perubahan sistem Kredit Ko-kurikulum ini tidak membawa sebarang kesan kepada pelajar tahun dua hingga tahun empat. Pelajar-pelajar kecuali pelajar tahun satu masih kekal menggunakan sistem kontrak pembelajaran lama yang tidak menjalani penambahbaikan.
Beliau mengatakan bahawa Pusat Akreditasi Pembelajaran sentiasa memberi komitmen yang terbaik untuk memberikan perkhimatan cemerlang kepada pelajar-pelajar UKM. Pihak Pusat Akreditasi Pembelajaran amat berfikiran terbuka dan sentiasa mengalu-alukan pandangan pelajar-pelajar UKM. Beliau turut menggalakkan pelajar terus menyertai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat supaya dapat meningkatkan soft skill dan mendapatkan transkrip Pembangunan Insaniah yang lebih cemerlang.