Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
Oleh Chua Bee Lan
Pelajar haruslah menyemak baki unit kredit yang masih belum didaftarkan dan jumlah jam kredit bagi unit yang diwajibkan untuk lulus bagi semester 2 sesi 2011/2012 di dalam SMP web. Menurut Dr. Mohd. Nor Shahizan Ali, Ketua Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, beliau telah mengingatkan pelajar melalui penghantaran email kepada semau pelajar. Pelajar juga diingatkan supaya membuat semakan semula pada semester 1 dan 2 sesi 2012/2013 bagi baki unit untuk memastikan jumlah unit lulus 120 kredit telah lengkap. Hal ini bagi memastikan pelajar tidak menghadapi masalah apabila tamat pengajian atau untuk tujuan konvokesyen. Menurut beliau lagi, jika pelajar terdapat sebarang masalah dan pertanyaan sila berjumpa dengan ketua program fakulti masing-masing.
Pelajar boleh menyemak unit kredit yang telah diambil setiap semester dalam SMP web. Pelajar juga dapat melihat komponen kursus yang diambil sama ada betul atau salah. Kesalahan komponen kursus akan menyebabkan kekurangan unit kredit kursus pelajar. Setiap ketua program akan mengingatkan pelajar tahun terakhir supaya menyemak unit kredit masing-masing agar tidak ada kesilapan.
Untuk bergraduasi, pelajar wajib lulus 12 unit Kursus Universiti yang terdiri daripada empat unit kursus umum U1 (Penghayatan Nilai-Nilai Mulia dan Sejarah), tiga unit kursus umum U2 (Kemahiran Berfikir dan Berorganisasi), tiga unit kursus umum U3 (Keluasan Ilmu Pengetahuan), dua unit kursus umum UC (Ko-kurikulum). Pelajar hendaklah mendaftar kod U1, U2 dan U3 seperti disenaraikan dan kod tidak boleh ditukar ganti. Pelajar boleh merujuk senarai kursus dalam buku panduan atau seperti yang disenaraikan oleh Pusat Pengajian Umum (PPU) dan Pusat Ko-kurikulum. Terdapat juga beberapa kursus yang dikendalikan oleh fakulti dengan kod STPD yang diiktiraf setara dengan beberapa kursus PPU dan boleh diambil sebagai ganti dengan persetujuan Pengerusi Pusat Pengajian.
Pendaftaran kursus akan dilakukan oleh pelajar melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMP). SMP merupakan satu sistem utama yang digunakan oleh warga universiti di dalam semua urusan berkaitan dengan pelajar. Untuk itu, SMP mengandungi berbagai-bagai makumat pelajar seperti maklumat asas, maklumat akademik, kursus yang diambil, rekod penginapan, kesihatan dan sebagainya. Maklumat ini boleh dicapai dan dikemaskini apabila diperlukan oleh pengguna SMP yang terbabit bagi menyokong aktiviti hariannya.
Rujukan:
https://smp.ukm.my/smpweb/sx003pengenalan.cfm
http://www.ukm.my/fst/index.php/makluman-umum-2