Pelajar Asing Dan UKM
Selaras dengan perkembangan dunia global, Malaysia telah menjadi salah sebuah destinasi penting dalam dunia pendidikan pengajian tinggi. Umumnya secara makro, pelajar memilih untuk belajar di luar negara asalnya kerana ingin mendapatkan pengalaman, sistem belajar dan budaya yang baru. Selain itu, pelajar berpendapat bahawa negara yang dipilih dapat
menyediakan pelajaran yang bermutu dan lebih baik daripada negara asal mereka. Oleh sebab itu, pelajar berkenaan ingin mempelajari sesuatu yang baru misalnya dari segi bahasa dan juga memulakan rangkaian perhubungan (networking) baru selaras dengan tuntutan ekonomi global kini. Ini menyebabkan Universiti tempatan menjadi pilihan mereka untuk menyambung pelajaran mereka di Malaysia, contoh terdekat ialah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berada di Universiti Kebangsaan Malaysia, menjadi pilihan kepada pelajar asing adalah disebabkan salah satu faktor yang utama iaitu kos sara hidup dan yuran adalah berpatutan berbanding dengan negara asal pelajar. Rata-rata kos kehidupan pelajar luar negara di Malaysia adalah rendah kerana kebanyakan mereka tinggal di kawasan berhampiran universiti masing-masing. Kos pengangkutan dapat dikurangkan dan kos penginapan juga berpatutan, terutamanya di dalam kampus. Sebagai contoh kos asrama di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia seperti Kolej Rahim Kajai hanya dalam lingkungan RM4.00 sehari. Namun begitu, kos di luar kampus juga agak berpatutan memandangkan terdapat banyak apartmen dan rumah sewa yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sekitar kawasan kampus. Di samping itu, yuran yang dibayar pelajar juga adalah berpatutan dan memberikan pulangan yang baik kerana yuran tersebut meliputi:
Pengangkutan (contohnya bas IPT)
Pejabat pengurusan pelajar antarabangsa
Unit kaunseling dan perkhidmatan kaunselor
Persatuan pelajar antarabangsa
Kemudahan kesihatan (klinik IPT/panel)
Dengan kualiti pendidikan dan kemudahan yang setaraf dengan apa-apa yang ditawarkan oleh universiti-universiti terkemuka di dunia, ramai pelajar antarabangsa menganggap bahawa kos pendidikan di Malaysia adalah nilai untuk wang (Value for Money).
Seterusnya ialah faktor keselamatan dan keharmonian masyarakat Malaysia juga telah menjadi daya tarikan penting kepada pelajar luar negara untuk memilih Malaysia sebagai destinasi menyambung pelajaran pada peringkat pengajian tinggi. Inilah yang disuarakan oleh salah seorang pelajar asing yang menyambung pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia, Akie Iskandar Malindo berkata “ penduduk negara Malaysia sangat baik dan sopan, ini menyebabkan saya terasa selamat dan yakin dengan negara ini “.
Sejajar dengan peninggalan sejarah kolonial, rata-rata masyarakat Malaysia masih mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan memuaskan berbanding dengan rakyat di negara jiran, Asia dan Timur Tengah yang lain. Faktor bahasa dan komunikasi adalah penting bagi pelajar yang datang dari luar negara. Pelajar luar negara dapat sekurang-kurangnya menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan masyarakat tempatan dan menyelesaikan segala urusan peribadi dan keluarga mereka. Kehidupan mereka sebagai pelajar dan tetamu negara ini dapat berjalan dengan lancar dan selesa. Menurut salah seorang penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia, Riad Kahwaji yang berasal dari negara Sudan. “ Ramai pelajar dan penduduk di Malaysia boleh bercakap dalam bahasa inggeris dan ini sangat memudahkan saya untuk melakukan kerja harian”. Beliau berkata.
Kesimpulannya, faktor yang mendorong pelajar memilih Malaysia adalah sangat penting dan harus diberi perhatian serius. Universiti Kebangsaan Malaysia harus peka dengan perkembangan dunia yang bersifat global pada masa ini dan pengerakan manusia tanpa sempadan juga telah mencapai tahap maksimum, dengan cara ini dapat menarik minat ramai lagi pelajar asing untuk datang ke negara ini secara umumnya.