KHAZANAH DUNIA MELAYU
oleh Misalindah Binti Abraham
Mungkin ramai yang tertanya apa sebenarnya Galeri Litograf, Karikatur dan Manuskrip yang terletak di atas pejabat kedekanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mungkin pula kerana galeri ini sentiasa gelap dan jarang bercahaya, ramai juga yang menganggap ruang tersebut tiada maknanya. Namun di sebalik kegelapan itu, ramai yang gagal untuk melihat atau merasai sesuatu yang amat istimewa pada setiap isi yang terpamer di dalamnya. “Menyingkap sejarah asal-usul muka Dunia Melayu” inilah yang dapat dirumuskan daripada galeri kecil ini yang tidak diketahui oleh ramai manusia mahupun warga UKM sendiri. ‘Tidak Tahu atau Sengaja Tidak Mahu Ambil Tahu’ adalah persoalan yang perlu kita fikirkan. Mengapa kita tidak tahu sejarah atau adakah sejarah adalah sesuatu yang tidak perlu untuk diketahui? Sedangkan sejarah merupakan sesuatu yang penting bagi diri kita kerana pada sejarahlah kita tahu asal usul dan warisan negara kita. Kemerdekaan yang ada sekarang tidak akan bermakna jika kita tidak memahami sejarah.
Ruangan kecil di sudut atas pejabat kedekanan FSSK iaitu Galeri Litograf, Karikaktur dan Manuskrip, UKM merupakan satu tempat tersimpannya cebisan-cebisan sejarah Dunia Melayu sejak dari zaman penjajahan Belanda hinggalah zaman Tanah Melayu mengecapi kemerdekaan. Cebisan sejarah diceritakan dan digambarkan melalui lakaran litograf, lukisan karikatur dan ukiran manuskrip yang menjadi tunjang kepada pameran dan penyelidikan galeri ini. Galeri yang dihasilkan sendiri oleh Profesor Dr. Nordin Bin Hussin, Pengerusi Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, FSSK ini mempunyai koleksi yang belum pernah disimpan atau dikatalogkan oleh mana-mana institusi penyelidikan terutamanya koleksi litograf, karikatur dan manuskrip.
Menurut Prof. Dr. Nordin Hussin, galeri ini diwujudkan sebagai satu tempat yang boleh dilawati oleh orang luar apabila mereka memasuki FSSK. Oleh sebab itulah galeri ini ditempatkan di atas pejabat kedekanan dan di pintu masuk utama fakulti agar mudah untuk pelawat melihat dan mengetahui kewujudannya. Beliau juga berharap dengan adanya galeri yang penuh dengan bahan bersejarah ini mampu dijadikan sebagai satu simbolik kepada fakulti sains sosial. Kedudukan galeri yang tidak begitu jauh dari pusat pengajian sejarah memudahkan mereka untuk memantau dan mengendalikan galeri.
Kandungan bahan sejarah yang amat berguna dan bernilai ini seharusnya digunakan dengan sebaik yang mungkin memandangkan status UKM ini sebagai universiti penyelidikan. Prof. Dr. Nordin Hussin mengatakan bahawa banyak kajian yang boleh dijalankan melalui bahan sejarah yang terdapat di dalam galeri litograf, karikatur dan manuskrip ini. Umpamanya kajian terhadap manuskrip lama seperti Lontaraq Bilang yang ditulis dalam bahasa dan tulisan Bugis menyimpan peristiwa yang sangat bererti untuk kita mengetahui sejarah dunia Melayu. Pelajar Ph.D di bawah seliaan beliau ketika ini sedang menjalankan kajian terhadap manuskrip ini dan sedang berusaha untuk membuat penterjemahan terhadap manuskrip berkenaan.
Umumnya manuskrip yang terdapat di dalam galeri berkenaan terbahagi kepada dua iaitu manuskrip Melayu dan Bugis. Manuskrip Bugis yang menjadi koleksi utama di galeri ini adalah diari DiRaja milik Sultan Bone pada abad ke-18 dan juga catatan harian masyarakat Bugis mengenai aktiviti perdagangan yang diperolehi dari Sulawesi Selatan dan Johor. Manuskrip Bugis iaitu Lontaraq Bilang menceritakan sejarah asal-usul Dunia Melayu yang ditulis sebagai catatan harian masyarakat dan Raja ketika itu. Manakala manuskrip Melayu iaitu Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya serta manuskrip Melayu dalam Rekod Notaris Belanda menceritakan tentang aktivti perniagaan dan perdagangan orang Melayu di Melaka pada abad ke-18 dan ke-19 serta penceritaan mengenai sejarah politik yang berkisar di istana dan keluarga diraja dan pemerintah.
Seterusnya, lakaran litograf yang dihasilkan oleh para pelukis kolonial bertujuan untuk merakamkan peristiwa sejarah yang berlaku di dunia Melayu. Lakaran ini juga tidak kurang hebatnya daripada manuskrip lama di atas. Prof. Dr. Nordin berkata, lakaran ini sememangnya satu hasil seni yang agung kerana lakaran peristiwa tersebut adalah peristiwa yang benar-benar berlaku di depan mata pelukis. Para pelukis ini didatangkan khas oleh kerajaan kolonial seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Perancis semasa mereka datang ke dunia Melayu. Buktinya ada pada lakaran yang menggambarkan jambatan di kota Melaka pada zaman kedatangan British yang serupa dengan jambatan yang ada di Melaka pada masa ini.
Secara keseluruhannya, lakaran litograf ini menggambarkan keadaan Dunia Melayu semasa kedatangan Belanda, Portugis, British dan Inggeris khususnya di negeri Melaka. Memberi gambaran suasana dan keadaan peperangan, strategi penaklukan, peradaban, kekayaan, perdagangan, perpindahan, kebudayaan termasuklah krisis dan masalah yang berlaku sejak abad ke-16 hingga ke-18. Namun, perkara yang amat penting untuk kita ketahui melalui lukisan litograf ini adalah mesej atau maksud di sebalik setiap lukisan tersebut. Pelukis-pelukis Barat ini mencatat semua peristiwa yang berlaku semasa era penjajahan mereka melalui lukisan kerana mereka tahu kepentingan sesuatu catatan untuk masa akan datang. Hasilnya, pada hari ini kita masih dapat melihat rupa bentuk negeri Melaka yang berabad lamanya sebelum terbentuk Melaka pada hari ini. Melalui lakaran litograflah pelukis Barat memberi tahu kita rupa asal Dunia Melayu. Siapa diri kita dan apa yang ada pada kita sehingga mereka datang untuk menaklukinya.
Melihat kepada sudut karikatur pula, lukisan para pelukis tempatan yang telah diterbitkan dalam majalah dan akhbar pada tahun 1930-an hinggalah tahun 1950-an. Karikatur ini memuatkan unsur-unsur sindiran dan kritikan kepada masyarakat Melayu semasa penguasaan asing di Dunia Melayu. Masyarakat tahun 30-an ketika itu masih tidak sedar bahawa mereka ditindas malah tunduk pula kepada penjajah. Pelukis seperti Abdullah Bin Abbas, 1936 mengkritik masyarakat Melayu yang malas dan tidak mahu berusaha memperbaiki nasib hidup bangsa malah sanggup menjadi ‘pak turut’ kepada pemerintah. Masyarakat lelaki Melayu ketika itu digambarkan sebagai ayam jantan yang diikat kakinya, pemerintah sebagai buaya dan ayam betina gembira kerana anak membesar hasil pertolongan orang Barat.
Menjelang tahun 40-an, karikatur ini beralih pandangan kepada keadaan politik di Tanah Melayu. Menggambarkan Dato’ Onn berusaha untuk menyatupadukan rakyat dengan menubuhkan UMNO bagi menentang penguasaan politik dan perundangan Tanah Melayu oleh British. Namun begitu, terdapat karikatur yang menyindir pemimpin Melayu iaitu Dato’ Onn yang sibuk membuka keahlian kepada semua kaum untuk menjadi ahli UMNO bagi mengukuhkan perpaduan politik tetapi lupa kepada perkara yang lebih utama iaitu keadaan dan status ekonomi yang sebenarnya menjadi tunjang kepada kebebasan, keamanan dan kemakmuran negara. Penjajah sibuk mengaut keuntungan dari tanah kita, kita sibuk dengan usaha mengambil alih kuasa. Selain itu, karikatur juga turut menggambarkan keadaan penaklukan ekonomi oleh penjajah dan bangsa bukan Melayu seperti Cina dan India. Orang Melayu digambarkan sebagai ayam dan haiwan kecil yang lari bertempiaran dikejar serigala iaitu orang bukan Melayu. Karikatur ini menggambarkan betapa teruknya bangsa Melayu ketika itu. Di akhir sudut karikatur ini, turut digambarkan keadaan rakyat dan Tanah Melayu semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, ancaman komunis, politik antarabangsa dan isu pembangunan persekutuan di Tanah Melayu sehinggalah usaha mendapatkan kemerdekaan dan penerajuan negara selepas merdeka.
Namun jika dilihat secara kritisnya lakaran litograf dan karikatur ini, dapat kita fahami mesej sebenarnya yang disampaikan oleh para pelukis. Pelukis Barat merakamkan peristiwa semasa penjajahan mereka menggambarkan kemajuan minda mereka sama ada dalam aspek perdagangan, peperangan malah dalam mencatat peristiwa sehingga dijadikan bahan sejarah pada hari ini. Walaupun tanpa kehadiran teknologi kamera ketika itu, mereka masih mampu untuk mengabadikan semua peristiwa, tanpa adanya teknologi pembinaan mereka mampu membina kapal yang besar sehingga mampu membawah beribu tentera yang akhirnya berjaya menakluki dunia Melayu. Manakala pelukis tempatan pula juga turut memainkan peranan dalam membantu membangkitkan semangat mempertahankan negara dari ketamakan kuasa asing. Sindiran, kritikan dan peristiwa yang mereka selitkan dalam akhbar dan majalah menunjukkan betapa pentingnya bangsa Melayu untuk perubah dan bangun menentang penjajah.
Pendek kata, Galeri Litograf, Karikatur dan Manuskrip ini menyimpan khazanah dunia Melayu yang tidak ternilai harganya. Bukan dari segi harga bahannya, tetapi pengetahuan dan pengalaman yang dapat perolehi darinya. Prof. Dr. Nordin berkata, beliau akan sangat gembira sekiranya pelajar dapat mengambil peluang untuk melawat ke galeri ini bagi mendalami erti kemerdekaan pada hari ini. Beliau juga amat mengalu-alukan sekiranya pelajar ingin datang berjumpa dengannya untuk mendengar peristiwa-peristiwa yang mungkin sukar untuk kita baca dan fahami dari buku-buku sejarah. Galeri ini sememangnya sangat unik dari segi susun atur bahannya. Prof. Dr. Nordin ada berkata, semua litograf dan karikatur tersebut merupakan refleksi kepada manuskrip yang ada. Bak kata Prof. Dr. Nordin juga, galeri ini boleh diistilahkan sebagai ‘pictures pay a thousand words’. Memahami peninggalan sejarah, kenali warisan kita.