KERJA LAPANGAN DAN DANA YANG DIPERUNTUKKAN
OLEH ZAIDATUL AMEERA BT ZAKARIA
UKM: Semua pelajar yang akan terlibat dengan kerja lapangan dijamin akan mendapat peruntukan daripada pihak universiti. Begitulah kata-kata yang diambil daripada seorang ahli Majlis Persatuan Pelajar, Muhammad Azrol bin Md. Azhar, pelajar Linguistik tahun 2 (seperti gambar dibawah).
Menurut beliau, dana pelajar untuk menjalankan kerja lapangan adalah merupakan peruntukan yang telah diberi oleh pihak universiti kepada setiap pelajar. Peruntukan ini akan diagihkan mengikut dekan fakulti masing-masing. Peruntukan yang diberi adalah berdasarkan bilangan pelajar yang terlibat, jarak perjalanan, fasiliti yang diperlukan semasa menjalankan kerja lapangan dan pelbagai lagi.
Dana yang diperuntukkan oleh pihak universiti kepada pelajar untuk menjalankan kerja lapangan datangnya daripada beberapa jabatan yang terdapat di UKM, antaranya Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi, Hubungan Jaringan dan Komunikasi, Hal Ehwal Pelajar ( HEPA ) dan pelbagai lagi. Menurut beliau lagi semua prosedur untuk mendapatkan peruntukan ini adalah diuruskan oleh pensyarah sendiri dan tidak akan melibatkan pelajar.
Namun begitu, kriteria-kriteria kerja lapangan yang akan diluluskan oleh pihak fakulti adalah bergantung kepada proforma dan akan diadakan mesyuarat penyelarasan bersama dengan ketua program dan juga bergantung kepada keperluan subjek yang diambil.
Menurut beliau lagi, kebiasaannya tidak akan timbul masalah dalam mendapatkan peruntukan. Hal ini demikian kerana dana yang telah diagihkan kepada fakulti masing-masing adalah mengikut keperluan sesuatu subjek yang diambil oleh pelajar. Pembahagian tersebut akan diberi berdasarkan kepada keperluan sesuatu kerja lapangan yang akan dijalankan.