PERMOHONAN EKO NIAGA
OLEH OOI QIN HUI
Pelajar atau alumni Universiti Kebangsaan Malaysia yang baru menamatkan pengajian kurang daripada lima tahun berhak untuk membuat permohonan menjalankan perniagaan di teres eko niaga UKM. Demikian menurut Pengurus Teres Niaga, Encik Padlee Bin Akirul. Bagi pelajar antarabangsa pula, hanyalah pelajar prasiswazah berhak untuk membuat permohonan tersebut. Beliau berkata, calon juga wajib bekerjasama dengan pelajar tempatan jika mereka ingin membuat permohonan tersebut. Tambah beliau lagi, keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang datang membuat permohonan secara berkumpulan.
Dalam proses untuk membuat permohonan tersebut, permohon dikehendaki mengisi borang yang disediakan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) dan menyertakan semua dokumen yang diperlukan dalam borang tersebut. Borang tersebut adalah termasuklah borang permohonan penyewaan kiosk teres eko niaga UKM dan borang maklumat mentor usahawan kiosk teres eko niaga UKM. Maklumat yang perlu diisi adalah seperti butir-butir diri pemohon, maklumat rakan kongsi, maklumat ringkasan perniagaan, dan butir-butir diri mentor.
Menurut Padlee lagi, pemohon juga perlu memiliki lesen perniagaan dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pemohon perlu menghantar rancangan perniagaan dan mencari Mentor Usahawan yang sesuai dengan jenis perniagaan yang ingin dilaksanakan. Bagi pelajar yang ingin menjalankan perniagaan berbentuk makanan, pelajar dikehendaki mengikuti Kursus Penyediaan Kebersihan Makanan dan menyertakan sijil bersama-sama borang permohonan.
Encik Padlee juga menyatakan bahawa pelajar dibenarkan untuk mengupah pekerja sama ada dari dalam atau luar UKM supaya operasi dapat dijalankan dengan lancar. Hal ini juga disebabkan penyewa wajib membuka kiosk bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Dalam syarat dan peraturan yang ditetapkan, penyewa adalah wajib menjadi ahli atau anggota Koperasi Usahawan Siswa UKM Berhad (KOSISWA UKM BERHAD).
Kata beliau lagi, setiap penyewa perlu menghantar laporan kewangan mereka setiap tiga bulan dan membentangkan laporan tersebut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Teres Eko Niaga UKM. Selain itu, penyewa juga perlu membayar sewa kira-kira RM150 hingga RM200 setiap bulan seperti yang ditetapkan dalam kontrak sewaan. Sekiranya penyewa gagal membayar sewa tersebut dalam masa yang ditetapkan, surat amaran akan dikeluarkan dan seterusnya UKM CESMED berhak menamatkan kontrak sewaan tersebut jika penyewa tersebut masih tidak mengambil tindakan terhadap perkara tersebut. Latihan dan kursus juga ditawarkan oleh UKM CESMED kepada penyewa supaya perniagaan dibangunkan dengan lancar. Penyewa juga boleh menyertai kursus dan latihan tersebut walaupun pada hari Sabtu dan Ahad.
Menurut Padlee lagi, semua keuntungan adalah dibahagi antara penyewa dan rakan kongsinya. Mereka hanya perlu membayar sewa terhadap kiosk sahaja kepada UKM. Melalui program ini, budaya minat berniaga akan meningkat, pelajar juga dapat memperoleh pengetahuan terhadap pengurusan masa, membuat laporan kewangan, dan pengalaman perniagaan sebenar.
Jika tapak perniagaan berlokasi di fakulti tertentu, pelajar dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Dekan di fakulti tersebut dahulu. Kemudiannya, kontrak selama dua tahun akan diberikan kepada penyewa yang diluluskan. Sewa perlu dibayar oleh penyewa walaupun pada cuti semester. Penyewa boleh memilih untuk berniaga atau berehat pada masa tersebut. Begitu juga dengan hari Sabtu dan Ahad, penyewa mempunyai pilihan sama ada ingin membuka kedai atau tidak.
Selain daripada menyewa kiosk, pihak CESMED telah menawarkan kursus-kursus keusahawanan akademik kepada para pelajar. Pihak CESMED juga dapat menjadi penyelia bagi kontrak pembelajaran, tetapi haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang menyertai.
Akhir sekali, Encik Padlee mengharapkan penyewa di teres dapat membahagikan masa dengan baik dan seharusnya mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam akademik. Beliau juga mengharapkan calon meneruskan minat mereka dalam bidang keusahawanan. Semua kemahiran, seperti pengurusan, kerja berpasukan, dan perhubungan juga dapat dipelajari daripada pengalaman ini.