Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
Oleh Mohammad Hafizol Bin Musa @ Awang
UKM : “Pelekat kenderaan warga UKM sangat relevan untuk membenarkan sesebuah kenderaan keluar masuk ke dalam UKM. Melalui pelekat kenderaan, kita dapat memastikan samada anda merupakan seorang pelajar atau pelawat selain menjadi sumber rujukan kami sekiranya berlaku kejadian tidak diinginan seperti kemalangan,” jelas Pegawai Keselamatan Kanan, Bahagian Pengoperasian dan Keselamatan UKM, Leftenan Zaidi Bin Maaruf apabila ditanya mengenai kerelevanan pelekat kenderaan.
Menurut beliau, isu pelekat kenderaan bukan masalah besar bagi pelajar kerana mereka boleh mendaftar pelekat kenderaan di laman web Bahagian Unit Lalu Lintas UKM. Pelekat kenderaan boleh diambil di pejabat selepas selesai mendaftar dengan bayaran RM2.00. Pelekat kenderaan ini sah selama dua tahun dari tarikh anda mendaftar. Pelajar juga hanya perlu membawa salinan geran kenderaan bersama surat pengesahan pemilikan kenderaan untuk mengambil pelekat kenderaan tersebut di pejabat.
Ditanya mengenai hukuman yang dikenakan terhadap pelajar yang tidak memiliki pelekat kenderaan, beliau menegaskan bahawa pelajar akan didenda dibawah Auku Tatatertib Pelajar. Pihaknya akan mengeluarkan notis kesalahan kepada pelajar dan mereka akan dikenakan denda maksimum sehingga RM50 namun masih boleh dikurangkan oleh pegawai yang berkenaan. Beliau juga ada menjelaskan bahawa claim yang dikenakan terhadap kenderaan bukanlah kerana tiada pelekat kenderaan tapi masalah parking yang tidak betul.
Beliau yang telah berkhidmat selama lapan tahun di Bahagian Pengoperasian dan Keselamatan UKM itu sangat berharap supaya semua pelajar UKM yang memiliki kenderaan segera mendaftar pelekat kenderaan supaya mereka bebas memasuki UKM pada bila-bila masa. Kenderaan yang tidak berpelekat digolongkan sebagai kenderaan pelawat.