“Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
Latar belakang Penerbit UKM
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia adalah imprin penerbitan ilmiah universiti yang diletak di bawah Pejabat Canselori. Penerbit UKM ditadbir oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Akademik. Pada masa ini Penerbit UKM diketuai oleh seorang Pegawai Penerbitan yang bertanggungjawab kepada Naib Canselor dan juga Pengerusi Sidang Pengarang Universiti. Tugas Sidang Pengarang Universiti memutuskan sama ada sesebuah manuskrip mempunyai mutu isi dan ilmiah yang sesuai untuk diterbitkan. Jawatankuasa penerbitan telah ditubuhkan pada tahun 1970 dan dalam mesyuarat pada bulan Januari 1971 telah ditetapkan bahawa segala penerbitan ilmiah/akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya yang diusahakan dalam universiti hendaklah disalurkan melalui Sidang Pengarang Universiti. Sejak tahun 1989 Naib Canselor secara rasmi melantik anggota Sidang Pengarang dan juga ketua-ketua penyunting jurnal universiti.
Fungsi Penerbit UKM
Bayaran kepada penulis selalunya akan diberikan secara penuh atau berperingkat-peringkat. Pada dasarnya buku-buku yang diterbitkan akan diberikan royalti dengan kadar 10%-20% daripada harga buku dibayar mengikut jumlah cetak. Dalam penerbitan jurnal, para penyumbang tidak diberi sebarang honorarium atau royalti, kecuali of-prin. Manakala bagi bentuk penerbitan lain, sejumlah honorarium yang kecil dibayar, terutama untuk penyunting sesebuah karya (volume editor) atau editor umum yang melakukan kerja-kerja penyuntingan. Beliau berharap semoga bertambah mereka yang menyumbang kepada penulisan yang berbentuk ilmiah.

- Berfungsi sebagai jabatan penerbitan yang menerbitkan dan mencetak bahan terbitan untuk keperluan penerbitan ilmiah dan penerbitan universiti lain.
- Merancang dan menetapkan dasar penerbitan dan percetakan universiti. Berfungsi sebagai "pusat kemudahan penerbitan elektronik / multimedia".
- Mengembangkan konsep "penerbitan" dan "pengeluaran" selain daripada bentuk konvensyenal yang wujud sekarang dengan menggunakan teknologi maklumat dengan lebih bersungguh-sungguh.
- Menghasilkan terbitan ilmiah dan terbitan universiti yang lain dalam bentuk konvensyenal dan digital seperti berikut:
Menghasilkan produk baru meliputi bahan pengajaran dan pembelajaran, dan penerbitan bahan kuliah dalam Web. - Memberi perkhidmatan peralatan teknologi pendidikan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan urusan UKM lainnya. Misalnya:
Tugas dan fungsi Penerbit UKM sebagai penerbit buku, monograf dan jurnal ilmiah universiti akan dikekalkan seperti dalam peraturan yang sedia ada. - Mengadakan latihan untuk kakitangan akademik dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran termasuk latihan dalam bidang penulisan dan penerbitan khususnya untuk penerbitan multimedia.