PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
Oleh : Siti Khatijah binti Rashid
UKM : Tiga pelajar Fakulti Undang-Undang (FUU) telah berjaya memenangi kategori ‘ Best Memorial ’ dan ‘ Best Mooter ’. dalam pertandingan ‘The 7th LAWASIA International Moot Competition 2012’ yang berlangsung dari 17 hingga 20 November lalu di Bali, Indonesia.
Pertandingan yang berlangsung selama empat hari tersebut telah melibatkan 12 negara lain termasuk Malaysia, Australia, US dan negara-negara Asia. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh The Law Association for Asia Pacific and The Pacific (LAWASIA), Perhimpunan Advokat Indonesia dan Kuala Lumpur Regional Centre for Atbitration. Ia merupakan pertandingan yang melibatkan perdebatan undang-undang antara pelajar dan pertandingan ini diadakan pada setiap tahun.
Pasukan Malaysia yang diwakili oleh 3 orang pelajar Fakulti Undang- Undang (FUU), UKM di bawah bimbingan Timbalan Dekan FUU, Prof Madya Dr Faridah Jalil dan staff FUU, En Azizullah Kinayatullah telah berjaya mara ke peringkat antarabangsa yang berlangsung di Bali pada November lalu. Mereka telah berjaya menewaskan 12 negara yang lain. Pasukan dari UKM ini telah berjaya membawa pulang sijil dan trofi. Anugerah yang dimenangi iaitu anugerah ‘ Best Memorial’ merupakan anugerah berkumpulan manakala anugerah ‘ Best Mooter ’ merupakan anugerah individu.
Menurut pelajar tahun tiga Fakulti Undang- Undang , Surendran yang merupakan pemenang tempat kedua ‘ Best Mooter’, beliau tidak menjangkakan bahawa beliau akan memenangi anugerah tersebut kerana banyak persaingan dari negara-negara luar.
“ Hakim telah menjalankan tugasnya sebagai penilai dan keputusan berada di tangan mereka sama ada mahu memberi markah yang tinggi ataupun tidak. Kami juga telah membuat persediaan selama 3 bulan sebelum hari kejadian. Kami membuat latihan sama ada latihan dalam bentuk lisan ataupun bukan lisan.”
Bagi Choo Yuen Phing , beliau berkata bahawa beliau berasa sangat gembira kerana pasukan beliau telah memenangi anugerah ‘ Best Memorial’ walaupun pada mulanya timbul perasaan gugup.
“ Dalam sesebuah pertandingan, kita hendaklah bersaing dengan penuh komitmen. Kami telah lakukan dengan sebaik mungkin dan kami seri dengan pasukan dari Hong Kong. Anugerah ‘ Best Memorial’ diberikan kepada pasukan kami dan pasukan dari Hong Kong,” tambah beliau lagi.
Menurut Lam Kian Yip pula, kita memerlukan minda dan badan yang kuat untuk menyertai sesebuah pertandingan.
“ Kami juga telah mempunyai pelapis yang akan menggantikan tempat kami pada tahun-tahun yang akan datang,” katanya lagi.