ke mana hilangnya semangat membaca di kalangan pelajar ukm
oleh farhana kamaruddin
Tiada siapa yang menafikan betapa pentingnya aktiviti membaca dalam kehidupan. Membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Dikatakan bahawa betapa kuat mana pun sistem ketenteraan atau sistem ekonomi sesebuah negara, pasti akan tumbang jua akhirnya jika ia tidak didasari oleh ketinggian ilmu pengetahuan. Di peringkat awal, sudah tentu ilmu pengetahuan diperolehi melalui proses pembacaan.
Bagi memastikan rakyat di negara ini mengamalkan sikap suka membaca, kerajaan telah menjalankan satu kempen yang dipanggil Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya. Usaha kerajaan ini adalah untuk menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai satu budaya. Selain itu ianya juga adalah untuk memperluaskan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas, memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang. Seterusnya untuk mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pembacaan dan keilmuan, merapatkan golongan masyarakat dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia dan menanam budaya membaca kearah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif.
Prof Madya Dr. Mawar Safei dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah mengutarakan pendapat beliau mengenai ke mana hilangnya semangat membaca di kalangan mahasiswa UKM. Beliau merasakan bahawa faktor mobiliti fizikal seperti kemudahan pengangkutan menjadi salah satu faktor penting ke mana hilangnya semangat membaca. Masa yang ada pada pelajar telah terpencar-pencar kepada banyak perkara seperti keluar berhibur, membeli belah, melancong dan sebagainya. Mahasiswa ini mempunyai masa untuk membaca tapi ia menjadi agak terhad berbanding zaman beliau di mana masa hanya dihabiskan di bilik untuk membaca, makan, tidur dan berborak. Beliau lebih gemar untuk meminjam buku di perpustakaan dan pulang membaca buku di bilik sahaja.
Menurut pemenang Anugerah Genre Cerpen Eceran bertajuk Sedang Malaikat Berdoa dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HPSM) Ke-19 2008/2009, kemudahan teknologi yang terdapat masa kini telah membuat lebih ramai mahasiswa membazirkan masa pada aktiviti tidak berfaedah dengan melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya. Hal ini telah membuatkan mahasiswa ini leka dan tidak berminat untuk membaca. Selain itu, godaan dari melayari internet juga boleh didapati ketika mereka sedang mencari maklumat dalam menyiapkan tugasan ilmiah. Godaan-godaan inilah yang akan membuat mahasiswa akhirnya tidak meluangkan masa untuk membaca tapi melayari internet untuk tujuan tidak berfaedah. Mahasiswa pada masa kini tidak lagi memanfaatkan sebetulnya kemudahan yang diberikan untuk mencari ilmu tetapi lebih kepada memenuhi kehidupan sosial mereka.

“Keadaan perpustakaan juga memainkan peranan terhadap semangat pelajar untuk membaca. Situasi ruang Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) di UKM yang rigid telah membuatkan mahasiswa berasa kurang minat untuk ke perpustakaan. Alangkah bagusnya sekiranya pihak pengurusan perpustakaan menyediakan satu ruang kafe dalam perpustakaan bagi memudahkan mahasiswa untuk bersantai sambil membaca. Saya telah mengutarakan pandangan saya pada pihak pengurusan perpustakaan, tetapi mereka mengatakan bahawa mereka takut jika terjadi kemalangan seperti buku basah akibat terkena air yang tumpah. Saya rasa itu bukan satu masalah kerana mahasiswa bukannya kanak-kanak yang tidak mampu berfikir,” ujar beliau lagi.
Beliau juga menyatakan bahawa mahasiswa kini lebih tertumpu kepada pembacaan yang melibatkan bidang mereka sahaja. Mahasiswa tidak meluaskan pembacaan mereka kepada bidang-bidang lain bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengetahuan umum. Mereka hanya akan membaca buku ketika menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, beliau juga ingin menyuarakan rasa kurang setuju dan tidak menyokong 100 peratus terhadap konsep yang digunapakai di UKM, di mana pelajar boleh memuat turun nota dan bahan bacaan yang diberikan oleh pensyarah dari sistem pelajar yang dipanggil iFolio atau lebih dikenali pada masa dahulu SPIN. Bagi beliau, sistem itu hanya layak diberikan kepada pelajar program jarak jauh yang tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan pensyarah berbanding pelajar program sepenuh masa yang dapat berdepan dan boleh berjumpa dengan pensyarah pada bila-bila masa sahaja.
Konsep membaca bukan hanya terletak pada buku semata-mata. Bagi beliau, menghadiri persidangan dan melayari internet bagi tujuan rujukan merupakan satu aktiviti membaca. Mahasiswa kini lebih bergantung kepada internet untuk mencari rujukan dari bahan fizikal seperti buku. Walau bagaimanapun, beliau merasakan mahasiswa perlu melihat dan membaca buku bagi tujuan penglihatan dan ia lebih memberi kesan panjang berbanding melihat di internet dan boleh mengenali bau buku. Beliau sendiri berasa rindu dengan bau buku dan beliau ingin mahasiswa sekarang mempunyai perasaan sebegitu.
Akhir kata dari Dr. Mawar, minat membaca sememangnya harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Dari kecil ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka mencintai dan menyayangi buku. Kanak-kanak juga harus mengenal erti menghormati buku dan ilmu. Beliau juga menegaskan bahawa perubahan harus dilakukan terhadap perpustakaan PTSL bagi menarik lebih ramai mahasiswa untuk membaca dan berkunjung ke perpustakaan iaitu dengan mewujudkan konsep kafe dalam PTSL. Bagi beliau sendiri, beliau lebih suka memberi tugasan kepada pelajar beliau di mana pelajar terpaksa membaca suatu bahan untuk menyiapkan tugasan. Ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar beliau untuk menimba ilmu pengetahuan yang lebih.