Pelajar perlu faham tujuan persatuan diwujudkan
Oleh : Nurhidaya Binti Pukari
Bangi, UKM: “ Keperluan untuk mengambil tahu dan memahami tujuan mengapa persatuan itu diwujudkan adalah penting agar pelajar dapat memahami matlamat persatuan tersebut ditubuhkan di universiti,’’ kata Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tambah beliau lagi, “ Perlu ada transformasi dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti di kolej mahupun di universiti. Hanya 70 % sahaja persatuan yang aktif. Bagi persatuan yang tidak aktif, tindakan segera akan diambil atau persatuan tersebut perlu dibubarkan”. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar sesi 2012/2013 di Dataran Pusanika pada 8 Oktober 2012 yang lalu.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Encik Musa Zainal Abidin Othman, Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) dan Prof Madya Dr. Khaidzir Hj. Ismail, Pengarah Pusat Akreditasi Pembelajaran (PAP).
Di UKM sahaja, terdapat 209 persatuan yang didaftarkan iaitu meliputi 59 persatuan akademik fakulti, 14 persatuan anak negeri, 13 urusetia Rakan HEPA, 14 pertubuhan khusus dan persatuan-persatuan lain. Beliau turut menegaskan bahawa Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) atau Majlis Eksekutif Kolej bukanlah tergolong di dalam persatuan tetapi merupakan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pihak pengurusan kolej untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar di kolej kediaman masing-masing.
Persatuan-persatuan anak negeri misalnya Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ), Persatuan Mahasiswa Anak Sarawak (PEMASRA), Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (PEMANIS) dan sebagainya diwujudkan bertujuan untuk melihat dan menjaga kebajikan anak-anak di setiap negeri masing-masing. Terdapat beberapa IPTA dan IPTS di negara ini yang tidak mempunyai persatuan anak negeri.
Aktiviti yang dijalankan oleh persatuan-persatuan ini perlulah mendapat pengiktirafan dari pihak pusat akreditasi kerana pelajar perlu memenuhi lapan kredit daripada kegiatan kokurikulum yang mereka sertai. Pihak PAP bertanggungjawab untuk menguruskan kokurikulum berkredit ini bagi membolehkan pelajar memenuhi kredit yang diperlukan.
Sementara itu, Encik Musa Zainal Abidin Othman dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa persatuan-persatuan ini dapat membantu pelajar dalam membina peluang kerjaya yang lebih cerah. Disamping, memberikan pengetahuan yang berguna apabila mereka berada dalam sesebuah organisasi kelak.