KEPENTINGAN AIR MASAK
Oleh Nurul Nadiah Md Azam
Sejauh manakah anda sebagai pengguna tahu tentang kualiti air yang terbaik untuk kesihatan anda? Pemilihan kualiti air yang baik adalah penting bagi memastikan tubuh badan dapat berfungsi secara optimum. Pelbagai cara dan proses digunakan oleh pengguna yang prihatin terhadap air yang bersih dan sihat. Ini dilakukan dengan mengelak minuman yang tercemar, kerana air yang tercemar bukan sahaja boleh mengakibatkan penyakit malah kematian.
Air merupakan bahan kedua penting selepas oksigen. Oleh itu, tidak hairanlah tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari. Tubuh badan kita tidak mungkin boleh hidup tanpa air. Fungsi air adalah membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan selain membantu dalam sistem perkumuhan.
Pemantauan unit Kawalan Mutu Air Minum, Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1986, mendapati bahawa air yang dibekalkan oleh syarikat air bebas bakteria sebanyak 99.6% dan selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk mendidihkan air sebelum diminum. Baru-baru ini, kualiti bekalan air di Malaysia semakin merosot akibat sistem rawatan air yang lama serta tidak sesuai bagi air sungai yang semakin tercemar. Pasir, kotoran, karat dan bahan pencemar di dalam paip bekalan air asbestos yang lama juga merupakan pencemar. Namun, punca utama kualiti bekalan air yang merosot adalah disebabkan pencemaran sumber air dan sungai yang semakin tinggi.
Menurut Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan UKM, Dr Kamal Azura, “air yang tidak dimasak boleh diminum tetapi dengan syarat haruslah menggunakan penapis air yang baik. Tanpa air, buah pinggang harus bekerja dengan lebih keras dan akan mendatangkan risiko penyakit seperti buah pinggang. Penggunaan sistem air RO (osmosis balikan) ataupun penyulingan air mempunyai kebaikan dan keburukannya. Air RO lebih sesuai digunakan oleh pesakit buah pinggang ketika melakukan proses dialisis. Mengambil tahu tentang kelebihan dan keburukan penapis air sebelum membelinya adalah penting, agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan.”
Mendidihkan air sebelum diminum mampu mengelakkan risiko penyakit dan kematian. Namun, pencemaran yang semakin menular di negara kita sekarang, menjadikan air yang bebas bakteria dan kuman sahaja tidak dipandang releven. Faktor lain yang harus dipertimbangkan juga adalah punca air tersebut. Punca air paip yang bebas kuman, bakteria malahan bahan kimia adalah faktor yang harus diambil kira oleh setiap genap masyarakat dalam menyediakan air minuman. Masalah ini menimbulkan keraguan terhadap pengguna yang menyebabkan pengguna mula memilih jalan alternatif lain seperti, menggunakan air minuman di dalam botol, air mineral semulajadi, dan sistem rawatan air domestik di rumah (RO, rawatan karbon teraktif, proses penyulingan dan pertukaran ion dengan aluminium teraktif).
Seorang pelajar UKM dari jurusan Komunikasi Media, Logeswary berkata, “minum air yang tidak dimasak akan membuatkan badan saya rasa tidak sihat dan diserang selesema. Oleh itu, saya akan memastikan air yang diminum dimasak terlebih dahulu. Jika minum air yang tidak dimasak rasanya agak berbeza dan tidak menyelerakan. Malahan, saya yakin banyak manfaat yang akan saya perolehi jika minum air yang dimasak dengan betul. Selain itu, saya kurang pasti dengan alternatif yang lain seperti sistem rawatan air RO.”
Namun, berbeza pula pendapat dengan seorang lagi pelajar UKM dari jurusan Persuratan Melayu, Suhaila Mohamed. Beliau lebih menggemari air R.O kerana tidak menggemari rasa air yang dimasak terus dari paip. Ini kerana air paip mempunyai rasa klorin, dan kurang pasti dengan sistem paip yang mungkin telah berkarat dan membahayakan kesihatan. Menurut beliau setakat ini, beliau tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan setelah mengamalkan air RO selama hampir tiga tahun beliau belajar di sini.
Pengguna yang pandai memilih dengan tepat cara memperolehi sumber air yang berkualiti dapat menjamin kehidupan yang lebih sihat. Pengguna yang prihatin harus mempunyai ilmu dan penyelidikan sendiri berdasarkan pendapat, pemerhatian dan merujuk pakar dalam menyediakan makanan dan minuman agar hidup sentiasa selamat. Pendek kata, pengguna yang prihatin terhadap kesihatan diri harus tahu kebaikan dan keburukan kualiti air yang ingin diminum. Sikap dan kesedaran ini penting dan harus ada dalam setiap golongan masyarakat. Pilihan terletak di tangan anda. Tepuk dada tanya selera.