graduate aptitude programme ukm 2012: sambutan kurang menggalakkan
oleh mohamad zakwan
gambar hiasan
BANGI – Graduate Aptitude Programme (G.A.P) telah dianjurkan dari 8 hingga 19 November 2012 iaitu berlangsung selama dua minggu. Program GAP ini merupakan anjuran Pejabat Hubungan Industri (PHI), Pejabat Hubungan Indsutri (HEJIM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan Scicom Academy Sdn Bhd. Objektif utama Program GAP dianjurkan adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran para pelajar selain mempersiapkan mereka ke arah alam pekerjaan.
Menurut seorang urusetia GAP, yang hanya ingin dikenali sebagai Din, “Program GAP ini merupakan suatu program yang bagus kerana dapat memberi faedah kepada para pelajar, tetapi malangnya program GAP kali ini kurang mendapat sambutan. Hal ini mungkin disebabkan oleh pemilihan masa, yang saya anggap sebagai tidak sesuai kerana pada masa itu para pelajar sedang bercuti semester dan cuti perayaan Deepavali”.
Program GAP ini terbuka kepada penyertaan semua pelajar fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selain itu, Program GAP ini juga bertujuan melatih para pelajar yang mendapat keputusan MUET kurang daripada band 3 agar mahir dalam Bahasa Inggeris. Disamping itu, para pelajar pada hari ini tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri maka diharap program ini mampu memberikan faedah kepada para peserta pada masa akan datang.
“Kekurangan lain program ini (GAP) adalah sistem pencampuran antara peserta yang mahir dalam Bahasa Inggeris dengan peserta yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Hal ini mungkin mendorong kepada kurangnya sambutan bagi Graduate Aptitude Programme 2012 (GAP) yang dianjurkan kerana sesetengah pelajar kurang yakin untuk melakukan aktiviti berkumpulan dengan pelajar yang lebih mahir berbahasa Inggeris,” jelas Din lagi.
Menurut Naib Presiden 2, PMFSSK Nur Hazlin binti Ab Ghani, berkata, “Program GAP ini merupakan satu pendekatan yang baik yang dianjurkan oleh pihak FSSK sebagai satu persediaan bagi graduan untuk menghadapi alam pekerjaan yang mementingkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan sepenuhnya.
“UKM sebagai sebuah universiti yang mengunakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam Bahasa Malaysia, boleh membuka minda pihak luar bahawa Bahasa Inggeris tidak dipinggirkan namun, terus dimantapkan. Oleh itu, diharapkan Program GAP mampu mengasah soft-skill mahasiswa UKM.
“Sepatutnya semua mahasiswa FSSK merebut peluang ini sebagai peluang berharga dengan memanfaatkan program GAP dengan sebaik serta diaplikasi dalam kehidupan, sama ada di alam pembelajaran mahupun di alam pekerjaan nanti,” ujar beliau lagi.