BAKAT
OLEH MOHAMAD HEZWAN BIN BAHARI
Golongan remaja atau belia adalah golongan yang berbakat. Potensi insan ini jika digilap dengan baik boleh menyerlahkan bakat yang ada. Usaha untuk menggilap bakat daripada pihak kerajaan adalah sesuatu yang baik. Ia sepatutnya berlaku sejak dahulu supaya bakat yang terbaik dapat dididik, dilatih dan didedahkan kepada kepakaran tertentu dalam dan di luar negara. Bakat ini setelah diserlahkan patut disalurkan ke bahagian-bahagian strategik dalam sistem pendidikan negara, dalam pentadbiran negara, di sektor-sektor ekonomi dan dalam kepemimpinan politik supaya ketangkasan pemikiran mereka dapat dimanfaatkan untuk negara dan umat.
“Malaysia dengan sistem pendidikannya yang berkembang mempunyai bakat yang banyak tetapi apabila mereka dihantar ke luar negara, bakat itu tidak dipantau secara strategik lalu berlaku ‘pembaziran bakat’ yang patut digilap sehingga mencapai tahap kualiti yang tertinggi” (YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, 2011). Ramai juga di kalangan anak-anak Malaysia bermastautin di luar negara khususnya di negara-negara maju kerana bakat mereka amat diperlukan di sana. Setiap anggota remaja dalam sistem pendidikan yang berkembang di Malaysia mempunyai bakat masing-masing. Pihak Kementerian Pelajaran , Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Amanah Rakyat , Jabatan Perkhidmatan Awam, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad serta sektor swasta dan pihak-pihak lain harus mampu mengenal pasti bakat yang ada dan proses pemantauan perlu berlaku supaya bakat ini dapat digilap dan dijuruskan ke pelbagai bidang kritikal yang amat diperlukan oleh negara.
Berbicara tentang bakat, dalam konteks Malaysia yang menuju negara maju memerlukan penggilapan bakat yang tidak sahaja memiliki aqliah yang cemerlang tetapi juga rohaniah yang tinggi. Hal ini dirasakan penting dan relevan dalam konteks Malaysia maju pada masa depan. Kemajuan yang bakal dirintis hanya dengan kekuatan pemikiran, penguasaan bidang-bidang sains dan teknologi belum mampu menjadikan Malaysia maju mengikut acuan kita sendiri. Sejarah pembangunan Malaysia yang melepasi 55 tahun tidak sahaja memerlukan pengetahuan dan keterampilan tetapi dalam membangun dan mengisi kemajuan negara. Kita selalu tewas dan cair dengan cabaran kebendaan salah guna kuasa, ketidakadilan dan ketidaktelusan. Oleh itu nilai-nilai murni ini harus bersama dalam sistem pendidikan dan penggilapan bakat supaya etika yang tinggi bakal mempedoman manusia yang terbaik ini menjadi manusia yang memiliki kualiti insaniah yang hebat.
Cabaran Kebendaan
Antara cabaran besar remaja hari ini ialah pengaruh yang datang daripada luar lingkungan budaya dan tradisi pemikirannya. Apabila konsep maju berdiri atas faham kemajuan kebendaan semata-mata, menyebabkan maksud kemajuan dan perubahan menjadi kabur. Tidak salah kita melihat ke Barat untuk mencari model-model maju dan moden, tetapi pancaran model maju negara-negara Barat lebih banyak memberi fokus kepada kemajuan kebendaan dan zahir manusia tetapi bukan batin mereka. Oleh itu proses penggilapan bakat dikalangan generasi muda harus melalui proses pendidikan integratif yang mengambil kira faktor ilmu, faktor keterampilan dan juga faktor keinsanan.
Memajukan akal fikir sahaja tidak cukup, kerana sebagai manusia ia memerlukan kemahiran keinsanan seperti amanah, adil, bijaksana, jujur, dan ikhlas kerana kalau asas ini dijadikan pendekatan membangunkan manusia, maka nilai-nilai murni ini akan sentiasa menjadi pedoman amal dan juga tindakan. Tradisi ketamadunan Islam yang sentiasa mementingkan pembangunan rijal atau insan. Insan yang digilap bakatnya sentiasa dilengkapkan dengan ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem.
Ilmu mengurus diri berkaitan dengan kemajuan akal fikir, kemajuan hati budi yang menjadi landasan kepada sesuatu amal. Amal yang baik adalah pancaran hati budi yang baik, dalam tradisi Islam amal itu dihubungkan dengan asas daripada niat. Dalam surah Al-Asr ayat tiga, diberikan asas penting, iaitu orang-orang yang beriman itu ditunjukkan dengan amal. Amal adalah buah iman. “Penggilapan bakat di kalangan remaja harus dijadikan agenda utama dalam proses mendidik generasi penerus yang berkualiti. Ia harus dilakukan secara strategik dan sistematik supaya bakat yang ada di dalam atau di luar bandar atau di kalangan anggota masyarakat Malaysia dapat dikenalpasti. Kemudian proses penggilapan harus dilakukan dengan bijaksana” (Drs. Rafie bin Haji Mohamad, Ketua Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012).
Sektor kritikal jangan hanya dilihat pada bidang sains, teknologi, perubatan ataupun sektor genetik semata-mata. Penggilapan bakat remaja harus memberi fokus kepada pelbagai disiplin ilmu termasuk bidang multimedia, kebudayaan, perfileman dan juga riadah supaya tenaga-tenaga berfikir yang terbaik dapat menghasilkan pendekatan-pendekatan yang berasaskan integrasi ilmu dan dapat memberi jawapan kepada dua perkara. Perkara pertama adalah pembangunan potensi aqliah dan psikomotor dengan baik dan kreatif.
Pada masa sama harus dibangunkan pengetahuan ilmu tentang budaya kesenian yang mampu mengangkat tahap tamadun sesuatu bangsa. Inilah maksud acuan sendiri yang menjadi matlamat akhir Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia negara maju. Kalau ini tidak berlaku kita akan hanya mengulangi model negara-negara barat yang banyak menghadapi kritikan mengenai faktor keinsanannya.
Oleh itu dasar penggilapan bakat negara harus dijadikan suatu realiti dimana bakat ini adalah modal insan yang paling berharga. Aset negara tidak hanya terletak kepada modal yang bersifat benda dan kekayaan, tetapi yang paling memberi makna kepada Malaysia ialah gandingan dua potensi iaitu kekayaan hasil bumi yang dimiliki dengan kekayaan sumber modal insan yang ada. Jika kedua-dua modal ini digerakkan dengan terancang dan strategik Malaysia bakal masuk kesuatu era yang memiliki kekuatan berganda yang amat diperlukan sebagai sebuah negara maju. Kalau kita dapat menjadikan modal insan sebagai aset yang besar disamping memajukan hasil buminya yang banyak, ia bakal menggerakkan Malaysia menjadi lebih maju dan cemerlang berbanding negara lain.