LELAKI MEMASAK, COOL
NOR SALSABIL BINTI KK MOHAMMAD
Aktiviti memasak merupakan satu perkara yang menyeronokkan kepada individu yang gemar memasak, manakala kepada individu yang kurang gemar memasak, ia merupakan perkara yang sangat membosankan dan meremehkan. Aktiviti memasak selalu dikaitkan dengan wanita. Perkara ini kerana seorang isteri perlu memasak untuk suaminya dan seorang ibu perlu memasak untuk anak-anaknya.
Namun pada masa kini, kebanyakan lelaki sangat hebat dalam aspek memasak. Perkara ini dapat dilihat dengan adanya chef-chef yang terkenal seperti Chef Wan, Chef Riz dan lain-lain yang kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki. Aktiviti memasak dan kaum lelaki bukanlah sesuatu yang janggal di mata masyarakat pada masa kini. Lelaki yang gemar memasak mempunyai ciri-ciri yang unik di mata wanita.
Lelaki yang gemar memasak mempunyai kelebihan dan gaya tersendiri. Itulah yang dikatakan oleh saudari Teh Maizatul Akma apabila ditanya mengenai pandangannya mengenai lelaki yang gemar memasak. Tambahan beliau, lelaki yang suka memasak merupakan seorang yang sangat cool kerana beliau tidak begitu arif dalam hal memasak.
Menurut pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan ini, dia amat menyukai lelaki yang pandai dan gemar memasak kerana beliau seorang yang suka mencuba makanan baru seperti pastri dan desert. Selain itu beliau juga seorang yang mengamalkan pemakanan yang sihat. Jadi sudah pasti dia menyukai lelaki yang gemar memasak dan memasak makanan yang sesuai mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan.
Selain itu, pelajar Ekonometrik dan Statistik Gunaan ini mengatakan bahawa dia amat bertuah dan amat beruntung jika mendapat calon suami atau teman lelaki yang gemar memasak. Hal ini kerana mereka akan dapat berkongsi tips-tips ketika memasak diantara satu sama lain. Selain itu beliau berpendapat lelaki yang gemar memasak akan lebih mengetahui jenis-jenis makanan yang sihat disamping dapat menjaga pemakanannya.
Apabila ditanya mengenai “antara lelaki dan wanita, siapa yang lebih hebat dalam aspek memasak”?, pelajar tahun dua dari Pusat Pengajian Ekonomi ini menjawab walaupun terdapat ramai tukang masak terkenal terdiri daripada golongan lelaki namun pada hakikatnya wanita lebih hebat memasak.
Perkara ini kerana, suami dan anak-anak lebih mengemari masakan yang dimasak oleh ibu dan isterinya daripada memakan makanan di luar. Tambahan beliau, masakan ibu dan isteri sangat sedap kerana ia dimasak dengan penuh kasih sayang. Perkara inilah yang membuatkan wanita lebih hebat dalam aspek memasak.
Akhir kata daripada beliau, memasak memerlukan keiklasan. Baik lelaki dan wanita, masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam aspek tersebut. Namun menurut pandangan beliau, lelaki yang pandai dan suka memasak adalah lelaki yang sangat cool dan amat menarik.