kes ragut
oleh rabi'atul adawiyah che ismail
UKM : Seorang pelajar tahun empat dari Fakulti Undang-undang telah diragut di kawasan kediaman Kolej Ungku Omar oleh seorang peragut yang bersenjatakan pisau.
Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa iaitu Alie Shazlin binti Zailani, diserang oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah motorsikal EX5 yang bewarna biru gelap semasa beliau pulang dari rumahnya.
Menurut beliau, semasa keluar dari kereta, sebuah motorsikal menghampirinya untuk bertanyakan arah jalan. Belum sempat beliau menjawab pertanyaan lelaki itu, tiba-tiba lelaki itu meragut rantai di lehernya. Beliau yang terkejut sempat menjerit meminta tolong. Tambah beliau, saksi yang mendengar jeritan Shazlin tidak sempat melakukan sebarang tindakan kerana kejadian itu berlaku dengan cepat. Anggaran kerugian daripada kejadian itu adalah sebanyak RM7000.
Ketua Pengarah Keselamatan Wisma Aman Universiti Kebangsaan Malaysia, LT KOL(B) JURY, berkata peragut telah menggunakan kesempatan semasa berlansungnya pesta konvo untuk menjalankan aktiviti ragut. Ini kerana selain kes Shazlin, terdapat sekurang-kurangnya lima lagi kes ragut sepanjang pesta konvo berlangsung.
Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua kes telah dilakukan oleh orang yang sama dan kesemua mangsa adalah wanita. Tambah beliau lagi, kes ini dilakukan oleh orang luar. Berikutan daripada sistem terbuka yang diamalkan di UKM telah menyukarkan lagi kerja-kerja keselamatan dilakukan terutamanya semasa pesta konvo diadakan. Ini kerana orang luar bebas untuk keluar masuk ke UKM.
Bagi jangka masa pendek, pihak keselamatan telah melakukan beberapa tindakan bagi mengawal keadaan terutamanya semasa pesta Konvo berlangsung. Pihak keselamatan telah melakukan rondaan setiap 3 jam sekali di kawasan yang berkemungkinan berlakunya kes sedemikian. Operasi khas untuk memeriksa kenderaan terutamanya motorsikal dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut akan dimasukkan ke dalam rekod. Selain itu, sekatan jalan raya turut dilakukan di kawasan-kawasan tertentu. Malah tindakan menempatkan pegawai-pegawai keselamatan di setiap kolej telah dilakukan bagi memastikan pelajar-pelajar UKM dalam keadaan selamat. Tambahan pula, kebanyakkan mangsa ragut adalah dari kalangan pelajar.
Menurut beliau, setiap pelajar perlulah mempunyai sikap berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan diri sendiri. Atas kesedaran akan kes-kes yang berlaku, program kesedaran keselamatan akan dilakukan bertempat di Pusanika pada 13 Disember 2012 bagi memberi maklumat-maklumat dan langkah-langkah keselamatan kepada pelajar dan warga UKM sekiranya kes demikian berlaku terhadap diri sendiri. Dengan ini, orang ramai dijemput untuk menghadiri program tersebut.
HOTLINE KECEMASAN :
KAMPUS BANGI : 0389214444/0133195449
KAMPUS KL : 0392897444/0193058511
KAMPUS BANGI : 0389214444/0133195449
KAMPUS KL : 0392897444/0193058511