Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
Oleh: Muhammad Nazmi Bin A Razak
Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya. Itulah pengertian kahwin kepada umat Islam.
Namun sesuatu perkahwinan itu juga haruslah berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan seikhlas yang mungkin. Sesebuah rumahtangga juga perlu berasakan kepada dasar Al Mu’assarah Bi Al Maaruf iaitu dasar hidup bersama secara baik dan diredhai Allah SWT.
Perkahwinan juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana adanya pelbagai halangan terutamanya bagi yang sedang belajar dan menuntut ilmu jauh daripada keluarga dan pasangan. Tanpa kesabaran, perkahwinan yang terbina mungkin akan musnah dalam sekelip mata. Oleh itu, kita akan cuba berkongsi cerita berkaitan pengalaman daripada orang yang terlebih dahulu merasai pahit manis perkahwinan ketika belajar itu sendiri.
Bagi saudari Nur Zahidah Azmi Murad yang mengambil jurusan Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perkahwinan ketika belajar ini sememangnya ada pahit manisnya yang tersendiri. ‘Jarak’ adalah antara masalah utama. Ujar beliau, “ terlalu pahit kerana terpaksa tinggalkan suami jauh di sana”. Ketika berkahwin juga, Zahidah mendapat sokongan keluarga dan tambahan lagi pasangan hidup beliau ialah pilihan keluarganya sendiri. Nasihat beliau kepada pelajar lain yang turut dalam merencana hari bahagia, “think it before you do”. Hal ini adalah kerana bagi mengelak masalah-masalah lain seperti kewangan yang boleh merosakkan serba-sedikit mahligai impian yang di bina di kemudian hari.
Berlainan pula kisah saudari Nur Haslina Harun yang kini berada di tahun 3, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hal ini kerana pasangan beliau juga merupakan seorang pelajar yang menuntut di UKM tetapi berlainan fakulti. Oleh itu masalah seperti kekangan jarak tidak berlaku. Malahan ujar beliau “terasa manis perkahwinan kerana ada teman nak pergi ke mana-mana sahaja. Dalam keadaan susah mahupun sedih, pasangan boleh membelai kita secara halal.” Namun adat perkahwinan sudah pasti akan teruji. Sebagai contoh, perasaan cemburu dan juga terpaksa membataskan aktiviti pada waktu malam seperti mesyuarat aktiviti pelajar. Kemudian beliau nasihati, “apabila dah berkahwin haruslah pandai merancang keluarga terutamanya jika masing-masing masih lagi belajar kerana tidak mustahil masalah kewangan akan menganggu-gugat keharmonian rumah tangga.”
· Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya: “..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (Riwayat Tirmidzi)