PENTER Season 3 2nd Edition
Oleh : OOI QIN HUI
PENTER merujuk kepada gabungan perkataan “pentas terbuka”. Ia merangkumi aktiviti seperti puisi, tarian, nyanyian, lakonan, mainan muzik dan sebagainya dengan tiada persembahan yang spesifik, menurut duta pasukan PENTER, Qurratu Izyan Bt. Nadzarein Shah. Menurut beliau lagi, PENTER diadakan pada setiap semester sebanyak tiga edisi. Disebabkan kesibukan kebanyakan pelajar pada bulan November, semester ini PENTER hanya diadakan sebanyak dua edisi.
Menurut Qurratu Izyan, aktiviti ini dijalankan untuk menawarkan pentas dan peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat yang ada dalam diri mereka. Persembahan yang diadakan ini adalah tidak sama dengan persembahan yang dianjurkan di Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hal ini adalah kerana tiada syarat yang ketat dikenakan kepada peserta yang mengambil bahagian di dalam PENTER. Ini bermakna PENTER telah menyediakan pentas kepada semua pelajar secara terbuka sebagai salah satu proses perkongsian kesenian. Jumlah masa yang dihadkan kepada semua peserta adalah kurang daripada 15 minit dan raptai tidak diadakan.
“Halangan bagi kegiatan ini ialah peserta yang melakukan persembahan membatalkan persembahan mereka pada saat – saat akhir,” kata Qurratu Izyan. Hal ini menyebabkan mereka perlu menyusun kembali aturcara yang telah dirancang sebelumnya. Selain itu, kekurangan penonton juga merupakan suatu halangan yang besar. Jadi, kegiatan itu akan bermula hanya apabila dewan telah dipenuhi penonton. Beliau juga berharap bahawa lebih banyak pelajar dapat melibatkan diri dalam PENTER dan persembahan yang dilakukan adalah lebih unik dan ‘original’.
Menurut Mohd Hafiz B. Mohd Zahidi yang merupakan salah seorang daripada pelajar yang melibatkan diri dalam persembahan nyanyian dalam aktiviti PENTER, pengalaman semasa berhadapan dengan khalayak dan tahap keyakinan beliau telah meningkat melalui aktiviti PENTER ini. “Saya berharap agar PENTER dapat diteruskan dan lebih maju ke hadapan,” kata beliau lagi dengan harapan PENTER dijadikan sebagai pertandingan dan mutu setiap peserta persembahan dapat dipertingkatkan lagi.