bahaya botol plastik (bpa)
oleh ng mei qing
Plastik, secara umumnya tidak memberikan sebarang risiko kepada penggunanya. Namun, molekul kimia yang membentuk plastik merupakan ancaman utama kesihatan kita. Molekul kimia yang kecil ini boleh berpindah daripada bekas plastik ke dalam tubuh manusia dalam keadaan tertentu, dan kesan yang minor ini menimbulkan masalah kesihatan yangs serius.
Bisphenol A juga dikenali dengan singkatannya BPA. Ia adalah sejenis bahan kimia yang terdapat di dalam kandungan plastik polikarbonat (polycarbonate). Polikarbonat ini adalah sejenis plastik yang jernih dan tahan lasak serta keras buatannya. Ia juga banyak digunakan di dalam pelbagai produk pengguna. Sebagai contoh, botol susu, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Barangan pengguna yang mengandungi bahan kimia BPA berbahaya ini dapat melarut dan meresap ke dalam makanan dan minuman kita tanpa kita sedari dan terus memasuki ke dalam badan. Walaupun bahan BPA ini memasuki ke dalam tubuh kita dalam kuantiti yang sedikit namun ia tetap mamberi kesan negatif kepada sistem tubuh.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ianya boleh berlaku. Antaranya adalah disebabkan oleh kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci). Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.
“Kebelakangan ini terdapat beberapa kes saintifik yang berkaitan kesan BPA kepada masalah kesihatan manusia yang telah dibuktikan dalam kajian-kajian umpamanya kesan kepada jantung orang dewasa dan penyakit kencing manis, penyakit hati dan yang paling utama sekali fungsi seksual atau fungsi hormon. Jika mempunyai kesan hormon terutamanya kesan astrogen, ia akan mengganggu banyak fungsi dalam badan manusia,” kata Ketua Pusat Kesihatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslan Abdul Jalil.
Menurut Dr. Roslan, BPA memberi kesan yang sama seperti hormon astrogen tetapi kesan BPA ini tidak sekuat seperti hormon astrogen. Apabila BPA ini menyerupai hormon semula jadi (natural hormone), kesan-kesan hormon semula jadi itu akan menjadi kusut (haywire). Sama ada BPA ini akan menghalang sifat hormon, ataupun BPA ini menjalankan peranan hormon semula jadi untuk pembesaran fungsi badan dan sebagainya.
“Pendedahan BPA secara berterusan akan memberi kesan kepada janin dalam kandungan wanita atau bayi. Kesan kepada perempuan ialah tahap seksual menjadi matang atau lebih awal daripada sepatutnya. Kesan hormon pada minda pula membawa kesan kepada tingkah laku dan fungsi-fungsi lain dalam pembesaran badan manusia. Kesan pemerhatian kepada lelaki pula adalah terhadap fungsi seksual seperti sperma berkurangan dan fungsi kelelakian menurun. Pemerhatian turut dikesan pada peringkat kanser prostat apabila seseorang itu terdedah kepada BPA secara berlebihan,” katanya.
Menurut Dr. Roslan, semua benda yang ada dalam kehidupan manusia ini sama ada menjadi toksik atau tidak dikawal oleh badan-badan penguatkuasa dalam setiap negara. Umpamanya yang paling besar dalam negara ialah Amerika FDA atau Food and Drug Administration yang mengawal kandungan pembuatan semua benda yang boleh digunakan oleh rakyat. FDA masih merasakan bahawa BPA adalah selamat dan tahap kandungan BPA yang ada di dalam bahan plastik keras, bekas makanan, botol minuman, dikawal dan kandungannya terlalu sedikit untuk menjejaskan kesihatan manusia.
“Tetapi bagi badan-badan perubatan, dan saintis-saintis mengatakan, kemungkinan terdapat kaitan dengan masalah-masalah kesihatan yang disebutkan. Tahap keselamatan yang ditentukan oleh badan kawalan kemungkinan perlu dipantau semula kerana kesan-kesan negatif yang telah dijumpai oleh saintis-saintis,” tambah beliau.