keberkesanan pengajaran pensyarah: pengalaman vs. pengetahuan
oleh siti khatijah rashid
Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan berupaya untuk menghadapi cabaran global pada.masa kini. Oleh itu, tugas sebagai pensyarah amat penting bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kebolehpasaran tinggi di pasaran dunia. Pensyarah perlu memastikan proses pembelajaran memberikan impak maksimum dalam diri pelajar. Namun, adakah kesan impak tersebut berbeza apabila pensyarah tersebut mengajar atas dasar pengalaman atau pengetahuan sahaja?
Menurut salah seorang pelajar tahun tiga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Mohd Soleh Sabri , pensyarah yang mengajar berdasarkan pengetahuan hanya akan mengajar ilmu yang ada sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan kelas menjadi tidak interaktif.
“Pensyarah yang berpengalaman lebih baik. Pensyarah yang berpengalaman, mempunyai kepakaran dalam menganalisis sesuatu isu dan perkara. Keadaan ini membuatkan pelajar berminat untuk mendapatkan ilmu,” tambah beliau lagi.
Berbeza pula dengan Nur Husniyah Ali berkata, bahawa pengalaman dan pengetahuan penting dalam proses pengajaran, tetapi pensyarah yang mempunyai pengalaman lebih bijak mengawal pelajar kerana mereka sudah berhadapan dengan pelbagai pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza.
“Pensyarah yang mempunyai pengalaman bekerja ataupun pensyarah yang mengajar atas dasar pengetahuan sahaja mempunyai kelebihan masing-masing dalam proses pengajaran dan pembelajaran,” tambah beliau lagi.
Menurut pelajar tahun dua Fakulti Pendidikan, Ahmad Khusyairie Yusoff yang mengatakan bahawa pengetahuan sahaja tidak memadai.
“Pensyarah yang berpengalaman lebih mengetahui proses perjalanan kuliah. Pengalaman terdahulu yang diperoleh boleh digunakan ketika mengajar. Sekiranya pensyarah tiada pengalaman kerja, mereka pasti berasa kekok dengan suasana di dalam bilik kuliah.”
Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan pensyarah kini merupakan fresh graduate yang mana mereka tiada pengalaman kerja terutamanya pengalaman khusus dalam bidang pengajaran. Mereka hanya mengajar berdasarkan pengetahuan yang sedia ada tanpa mengetahui teknik-teknik yang betul dalam proses pengajaran. Namun pengetahuan yang sedia ada mampu membantu mereka sedikit sebanyak sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun, pensyarah yang tiada pengalaman kerja akan diberikan latihan dan kursus yang berkaitan bidang pengajaran bagi memantapkan teknik pengajaran mereka. Mereka akan diajar teknik-teknik pengajaran yang betul dan berkesan. Secara keseluruhannya, kesinambungan pengalaman kerja dan pengetahuan bagi pensyarah amat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat meninggalkan kesan yang optimum kepada para pelajar.